Topik diikuti
Pergi ke BHku'Bank' semula jadi dunia tidak mencukupi
'Bank' semula jadi dunia tidak mencukupi
'Bank' semula jadi dunia tidak mencukupi

-
Aug 8, 2022 | 5:30 AM
Jumlah manusia di dunia telah meningkat lebih dua kali ganda sejak 1971, dan sejak itu, penggunaan sumber dunia berlipat ganda dengan pesat -merangkumi tanaman, ikan, kayu balak, mineral dan juga tenaga. Kadar penggunaan sumber dunia oleh manusia kini melebihi apa yang ia mampu memperbaharui setiap tahun. Kini, kita menggunakan sumber seakan ada 1.75 dunia, menurut badan persekitaran tidak meraih keuntungan, Global Footprint Network, yang membuat perkiraan bagi Hari Sumber Dunia Tidak Mencukupi setiap tahun.
