Seorang wanita mendakwa sebuah bank setempat tidak bertindak untuk menghentikan perbuatan penipuan yang menjejas akaun simpanannya dalam bank itu.
Wanita itu, yang menggunakan nama akaun ‘Yeow!’ di TikTok berkata beliau mengesan urusniaga yang juga menyalur keluar wang dari akaun simpanannya di bank itu dan memberitahu bank. Namun bank itu berkata ia tidak dapat berbuat apa-apa.
Beliau menceritakan pengalamannya itu menerusi video di TikTok.
Wanita itu berkata, wang miliknya masih berada dalam akaun tetapi sedang cuba dipindahkan ke akaun Alipay di Shanghai tanpa kebenarannya.
“Saya sudah beritahu yang ini adalah sebuah penipuan dan akaun saya digodam, tetapi bank berkata ia tidak boleh berbuat apa-apa sehingga urusniaga itu dilaksana,” kata wanita itu, yang difahami bernama Cik Yeow An.
Sekitar 2.30 petang pada Jumaat, video itu telah disebar luas di laman sosial dan menarik lebih 300 komen warganet.
“Bagaimana mereka akan mengembalikan wang itu kepada saya apabila ianya sudah dikeluarkan? Ini membantu penipu, dan bukan saya sebagai pengguna bank,” kata Cik Yeow lagi.
Cik Yeow berkata beliau membuat rakaman video itu semasa menunggu di balai polis untuk membuat laporan.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg