Bantu kongsi makanan sahur, berbuka

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bantu kongsi makanan sahur, berbuka

Apr 23, 2021 | 5:30 AM

Bantu kongsi makanan sahur, berbuka

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
DEKATI MASYARAKAT MEMERLUKAN: Pengagihan makanan secara langsung kepada penerima yang dijalankan pada 10 April lalu, sebelum ketibaan Ramadan. - Foto TRUE HEARTS
DEKATI MASYARAKAT MEMERLUKAN: Pengagihan makanan secara langsung kepada penerima yang dijalankan pada 10 April lalu, sebelum ketibaan Ramadan. - Foto TRUE HEARTS -

WALAUPUN baru sahaja ditubuhkan pada 4 Disember 2020, True Hearts.sg sudah giat melakukan kerja amal untuk golongan memerlukan dan kurang bernasib baik.

True Hearts.sg adalah persatuan yang sedia mendekati masyarakat melalui pelbagai program bantuan.

Presidennya, Dr Mohamad Yusof Sa'ad, menyatakan sebagai persatuan baru yang berdedikasi, beliau ingin masyarakat tahu bahawa True Hearts.sg adalah sebuah badan yang boleh dipercayai di Singapura.

"Kami bersiap sedia dalam membantu setiap lapisan masyarakat yang memerlukan. Bantuan yang diberikan pasti menjadi khabar gembira kepada golongan kurang berkemampuan.

"Alhamdulillah, kami telah menyediakan satu projek 'Share Your Food' sebagai daya usaha untuk membantu masyarakat yang terjejas, khususnya dalam suasana penularan wabak Covid-19," kata Dr Mohamad Yusof.

Projek 'Share Your Food' ini disokong oleh Flair Football Academy dan Yishun 71.

Melalui usaha ini, mereka menyalurkan wang hasil fidyah dan derma yang diterima daripada dermawan kepada keluarga yang terjejas Covid-19.

Berdasarkan pemerhatian, golongan yang paling terkesan adalah anak yatim dan warga emas kerana mereka kekurangan sumber kewangan.

"Oleh itu, kami menyediakan catuan makanan untuk bersahur dan berbuka agar mereka dapat merasa suasana Ramadan seperti keluarga lain yang sempurna,'' katanya.

Pada 1 Mei yang akan datang pula, Dr Mohamad Yusof akan mengadakan Projek 'Hearts to Hearts' yang merupakan program gabungan dengan Projek Pensil Singapore untuk mengagih kuih Raya, minuman, ketupat segera dan keperluan lain.

"Tiada apa yang lebih gembira, melainkan dapat melihat senyuman anak-anak yang riang semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri, sama seperti insan lain,'' tambahnya.

True Hearts.sg percaya bahawa ramai orang yang memerlukan bantuan pada waktu sukar bagi menstabilkan tahap ekonomi masing-masing.

Oleh itu, mereka menyasarkan beberapa kelompok yang menjadi perhatian semasa musim Covid-19 ini.

"Dengan bantuan derma daripada anda, kami akan menyokong keluarga susah, warga emas, anak yatim dan ibu tunggal. Kami mahu mereka mendapat makanan dan menikmati juadah bersahur dan berbuka puasa dengan sempurna. Kekurangan bekalan makanan akan menjejas tahap mental dan fizikal mereka.

"Justeru, kami tidak mahu mereka berasa hampa dan murung, terutamanya anak-anak mereka. Keperluan untuk menjaga kebajikan ini juga penting supaya keadaan semasa tidak menjejas tahap pendidikan mereka."

Setakat ini, seramai 250 keluarga berada di bawah jagaan True Hearts.sg.

"Sehubungan itu, kami merayu dan berharap agar ramai lagi anggota masyarakat yang akan tampil untuk meringankan beban mereka yang terjejas.

"Anda boleh menghulurkan bantuan kepada kami dengan menunaikan zakat harta, fidyah, wakaf dan sedekah jariah terus kepada True Hearts.sg," kata Dr Mohamad Yusof.

CARA MENDERMA

  1. Perbankan Internet: Maybank Singapore: 04041087574.
  2. Cek: True Hearts.sg
  3. Paynow: UEN no: T20SS0168C
  4. Layari www. trueheartssg.org untuk derma dalam talian dan maklumat kemaskini.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg