Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Bantu pelajar susah hadapi isu sosial, emosi: Chun Sing

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bantu pelajar susah hadapi isu sosial, emosi: Chun Sing

Jan 02, 2024 | 06:52 PM



Pelajar daripada keluarga bergaji rendah di sini menunjukkan prestasi lebih baik daripada rakan sebaya mereka daripada keluarga miskin di luar negara.

Namun, terdapat keperluan merapatkan jurang antara pelajar daripada keluarga dengan status sosioekonomi (SES) rendah, dengan pelajar daripada SES lebih tinggi di sini.

Bagaimanapun, Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing (gambar), menekankan bahawa usaha meningkatkan pelajar SES rendah adalah masalah sosial dan emosi, dan bukannya akademik.

Beliau berkata demikian dalam temu bual bersama The Straits Times (ST) pada 27 Disember, ketika merujuk kepada satu hasil kajian yang dijalankan oleh Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) pada 2022.


Mengulas dapatan kajian terbaru Program bagi Penilaian Pelajar Antarabangsa (Pisa) yang dikeluarkan pada 5 Disember, Encik Chan menarik perhatian bahawa pelajar tersebut menunjukkan prestasi lebih baik berbanding purata pencapaian pelajar di peringkat antarabangsa.

Kesemuanya, seramai 6,606 pelajar berusia 15 tahun daripada 149 sekolah menengah dan 15 sekolah privet di sini menyertai kajian itu dari April hingga Mei 2022, lapor ST.


Encik Chan menambah, cabaran bagi Singapura adalah terus meningkatkan pelajar yang ketinggalan, di samping membantu pelajar lebih cemerlang untuk maju sejauh mungkin.

Kaedah pengajaran oleh guru dan kandungan pelajaran, katanya lagi, bukanlah perkara penting dalam usaha memperbaiki kelakonan pelajar SES rendah.

“Masalahnya bukanlah soal menguasai kandungan pelajaran. Sebenarnya, masalahnya adalah pembangunan sosial dan emosi (pelajar), serta peraturannya,” jelas beliau.

Beliau memberi contoh bagaimana Institut Pendidikan Teknikal (ITE) menghabiskan banyak masa dalam beberapa minggu pertama persekolahan dengan memberi tumpuan kepada usaha membina keyakinan pelajar, di samping mengenali latar belakang dan keperluan mereka, dan bukannya menggalak pelajar supaya menguasai kandungan pelajaran.

Encik Chan berkata, pelajar SES rendah memerlukan lebih banyak bantuan untuk membangunkan kemahiran sosial dan emosi mereka.

Ini kerana mereka mungkin menghadapi lebih banyak kesukaran disebabkan masalah keluarga dan kewangan.

Salah satu cara membantu kanak-kanak sedemikian adalah dengan intervensi awal sebelum mereka melangkah ke sekolah rendah, kata Encik Chan.

“Apabila mereka masuk ke sekolah rendah, kami mempunyai program sokongan matematik dan celik huruf untuk membantu mereka.

“Bagaimanapun, kami mendapati pada usia ini, ia sudah agak lewat (untuk membantu),” ujar Encik Chan.

Kementerian Pendidikan (MOE) bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) untuk memberi sokongan menyeluruh kepada pelajar daripada keluarga kurang bernasib baik, contohnya, usaha oleh Pasukan Bertindak bagi Peningkatan Pelajar dalam Kehidupan dan Memberi Inspirasi kepada Keluarga (Uplift).

Terdapat juga program seperti KidStart, yang menyediakan sokongan kepada kanak-kanak berusia bawah enam tahun daripada keluarga berpendapatan rendah.

Program itu membantu dalam aspek seperti perkembangan kanak-kanak, pemakanan dan interaksi antara ibu bapa dengan anak.

Encik Chan akur penglibatan ibu bapa amat penting untuk menjayakan program intervensi awal.

Namun, masalahnya rumit kerana ramai muridnya bukan berasal daripada keluarga konvensional, kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >