Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bantu warga susah di Indonesia, India sambil terap amalan sunah

May 31, 2024 | 5:30 AM
Ustaz Muhammad Ferozudeen Al Hafiz akan turun padang, bagi memastikan segala urusan penyembelihan berjalan lancar. Foto ini dirakam pada 2023.
Ustaz Muhammad Ferozudeen Al Hafiz akan turun padang, bagi memastikan segala urusan penyembelihan berjalan lancar. Foto ini dirakam pada 2023. - Foto AL FALAH ACADEMY SG (AFASG)

Bagi pengasas Al Falah Academy SG (AFASG), Ustaz Muhammad Ferozudeen Al Hafiz, tumpuan pusat pendidikan Islam setempat ini ingin terus membantu penduduk miskin yang terpinggir, khususnya di Magelang, Indonesia, dan Arcot, India.

AFASG telah ditubuhkan pada 2016, dan sejak itu, ia terus gigih melaksanakan ibadah korban dan membantu mereka yang benar-benar memerlukan.

Menurut Ustaz Muhammad Ferozudeen, Indonesia dan India merupakan negara yang amat besar dan luas, dan ramai lagi penduduk daif di sana yang tidak menerima bantuan daripada badan setempat atau luar negara.

Justeru, AFASG amat prihatin tentang kelangsungan hidup mereka dan mengharapkan sokongan dan bantuan berterusan daripada masyarakat Muslim di sini.

Demi memastikan segala urusan penyembelihan korban berjalan lancar dan mengikut sunah yang dianjurkan Islam, Ustaz Muhammad Ferozudeen akan turun padang bagi memantau pelaksanaan projek tersebut sehingga segalanya selesai.

Beliau bertungkus lumus dalam merancang, menyediakan, malah menyembelih sendiri setiap ternakan bagi menunaikan amanah yang dipertanggungjawabkan oleh sohibul korban.

“Masih ramai lagi yang tidak ketahui bahawa saudara Islam kita di Magelang, Indonesia, dan di India masih perlukan bantuan dan sokongan, khusus pada musim perayaan ini.

“Mereka di India contohnya, perlu berjalan sehingga dua kilometer untuk mendapatkan air dan hidup tanpa bekalan elektrik.

“Namun demikian, kanak-kanak di sini masih lagi tekun belajar di madrasah kelolaan dan sokongan AFASG. Kami membantu mereka yang memerlukan tanpa mengira bangsa dan agama.

“Semua transaksi dan projek yang kami jalankan, kami pastikan ia bersifat terbuka, telus dan mengikut syariat yang telah diajarkan kepada umat Islam,” jelas Ustaz Muhammad Ferozudeen.

Setiap peserta akan menerima video penyembelihan serta imej sebelum dan selepas penyembelihan melalui wadah WhatsApp.

Dengan demikian, peserta dapat menyaksikan bagaimana ibadah mereka dijalankan, membuktikan AFASG mengambil berat tentang keperluan ibadah peserta.

Bagi mereka yang ingin melakukan korban di Indonesia dan India, mereka dialu-alukan agar mengambil daging lembu segar sebanyak 250 gram secara percuma, sebagai hadiah untuk menjamu keluarga mereka pada Hari Raya Haji.

Pengagihan daging tersebut diberikan oleh AFASG di kedai daging Ustaz Muhammad Ferozudeen, di Premium Butchery Sg, yang terletak di 11 Dunlop Street (bersebelahan Masjid Abdul Gafoor).

Kedai itu menawarkan penjualan daging halal, sayur-sayuran dan barangan runcit dengan harga berpatutan serta menyediakan penghantaran percuma ke rumah tanpa jumlah minimum.

Untuk maklumat lanjut tentang korban AFASG, kunjungi https://alfalahacademy.sg atau WhatsApp ke talian 8522-4534.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg