Topic followed successfully
Go to BHkuBantu yang memerlukan di negara Afrika
Bantu yang memerlukan di negara Afrika
Bantu yang memerlukan di negara Afrika
TAHUN ini merupakan tahun ketujuh Nur Insan mewakili masyarakat Islam Singapura melaksanakan Projek Ibadah Qurban 3-dalam-1. Selain menawarkan perkhidmatan korban di pelbagai negara, Nur Insan turut menawarkan perkhidmatan akikah dan nazar.
Projek Ibadah Qurban 3-dalam-1 ini ialah sebuah projek tahunan berbentuk pengagihan daging korban kepada golongan kurang berkemampuan, anak-anak yatim dan pelarian di 20 buah negara demi sambutan Hari Raya Haji yang lebih bermakna.
Presiden Nur Insan, Encik Muhd Faaris Ameerjan, berkata pelaksanaan ibadah korban di serata dunia kali ini berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya.
Beliau memberitahu:
"Setiap negara telah membentangkan sejumlah peraturan dan protokol keselamatan yang harus dipatuhi untuk mencegah penularan virus, termasuk protokol korban, yang sememangnya perlu diikuti demi menentukan kesihatan haiwan.
"Setiap wakil kami di luar negara akan melalui lima fasa utama sebelum pengagihan daging berjaya dilakukan.
"Pertama, Nur Insan memastikan pemilihan haiwan yang sempurna dan cukup syarat serta pembelian haiwan lebih awal bagi mengekalkan penawaran harga berpatutan kepada peserta.
"Selain itu, penyembelihan bersifat perikemanusiaan wajib dilaksana sebelum proses pemotongan dan pengagihan daging diberi kepada keluarga memerlukan."
Pada tahun ini, Nur Insan menawarkan ibadah korban ke negara seperti Malawi, Kenya, Uganda, Mozambique, Makkah, Sierra Leone, Bangladesh, Gambia, Medan, Lombok, Yaman, Uighur, Palestin, India, Tanzania, Congo, Kemboja dan Australia dan juga orang Rohingya.
"Harga yang paling berpatutan ialah $80 untuk sebahagian lembu di India atau $150 bagi seekor kambing di Malawi. Kami juga menyediakan pelbagai haiwan korban lain seperti lembu dan unta.
"Bagi mereka yang ingin merasa daging korban atau ingin memberikan sendiri daging korban tersebut kepada saudara-mara, jiran tetangga dan lain-lain, mereka boleh memilih Pakej Set E di Australia. Daging korban tersebut akan diterbangkan ke Singapura dan dihantar terus ke rumah.
"Selain daripada e-resit rasmi, Nur Insan juga akan memberi sijil, laporan dan gambar-gambar upacara korban (tidak semua negara menyediakan gambar). Istimewa tahun ini, kami turut menghadiahkan kurma seberat 250 gram bagi setiap ibadah korban yang ditempah.
"Hasil sumbangan projek ini juga akan disalurkan bagi penyediaan pendidikan Islam percuma di Nur Insan dan wakaf ilmu Nur Insan, yang bertujuan membantu memperkukuh usaha dakwah Nur Insan.
"Kami mohon doa daripada semua agar segala urusan ini dipermudahkan oleh Allah swt," jelas Encik Muhd Faaris lagi.
KETERANGAN LANJUT, MAKLUMAT TERKINI
- Bagi mendapatkan keterangan lanjut, sila hubungi talian 6920-7505 atau lungsuri www.nurinsan.sg/qurban2022
- Layari Facebook atau Instagram - Nur Insan untuk maklumat terkini.

