Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bantuan bagi firma pemaju hartanah dilanjut enam bulan

Sektor masih hadapi cabaran pekerja terhad, gangguan terhadap jadual binaan disebabkan sekatan sempadan
Jun 30, 2021 | 5:30 AM
MASIH TERJEJAS: Akibat sempadan yang masih ditutup, ada pembinaan projek-projek perumahan masih terjejas. - Foto fail
MASIH TERJEJAS: Akibat sempadan yang masih ditutup, ada pembinaan projek-projek perumahan masih terjejas. - Foto fail -

PEMERINTAH telah melanjutkan bantuan sementara selama enam bulan bagi firma-firma pemaju hartanah disebabkan gangguan sekatan antara sempadan dan pekerja yang terhad akibat Covid-19.

Pemaju akan mendapat lanjutan itu bagi Tempoh Selesai Projek (PCP), Cukai Setem Tambahan Bagi Pembeli (ABSD) dan Sijil Kelayakan (QC).

"Walaupun kerja-kerja binaan telah mula beroperasi semula sejak Ogos 2020, projek-projek binaan terus menghadapi cabaran.

"Sektor itu mengalami pekerja yang terhad dan gangguan terhadap jadual binaan disebabkan sekatan sempadan antara April dengan Mei tahun ini yang mengehadkan aliran masuk pekerja migran,'' kata kenyataan bersama Kementerian Pembangunan Negara (MND), Kementerian Kewangan (MOF), Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) dan Kementerian Undang-Undang (MinLaw) kelmarin.

Pemaju hartanah akan terus dikenakan rejim ABSD.

Pemaju perumahan yang layak akan mempunyai lanjutan tempoh selama enam bulan bagi pengecualian ABSD sebelum jadual binaan dimulakan dan apabila projek itu selesai.

PCP akan juga dilanjutkan selama enam bulan bagi projek pembangunan perumahan di bawah rejim QC bagi pemaju perumahan asing yang layak.

"Pemerintah akan terus menyokong pemaju hartanah dan kontraktor untuk menyiapkan projek pembangunan bertepatan masa dan pada masa yang sama memastikan mereka memenuhi langkah keselamatan,'' kata kenyataan itu.

Lanjutan itu akan diberikan kepada pemaju hartanah secara automatik dan tidak ada permohonan diperlukan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg