Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bantuan bagi pesakit demensia sesat di semua stesen MRT SMRT jelang akhir tahun

Feb 28, 2022 | 5:30 AM
TERLATIH: Cik Suriani Lestution Jaafar dilatih mengenal pasti ciri-ciri pesakit demensia supaya dapat membantu. - Foto LIANHE ZAOBAO
TERLATIH: Cik Suriani Lestution Jaafar dilatih mengenal pasti ciri-ciri pesakit demensia supaya dapat membantu. - Foto LIANHE ZAOBAO -

KESEMUA 98 stesen MRT kendalian SMRT akan disenarai sebagai tempat harus dituju (GTP) pesakit demensia menjelang akhir tahun ini.

Ini membolehkan orang ramai membawa pesakit demensia yang kelihatan sesat pergi ke GTP untuk mendapatkan bantuan.

Sejauh ini, 46 stesen SMRT dan empat pusat tukaran bas telah disenarai sebagai GTP, kata SMRT dalam satu kenyataan semalam.

SMRT mengurus dan mengendali perkhidmatan kereta api di Laluan Utara-Selatan (NSL), Laluan Circle (CCL), Laluan Timur-Barat (EWL), Laluan Thomson-East Coast (TEL) dan LRT Bukit Panjang.

"GTP berfungsi sebagai pusat sumber dan tempat 'selamat untuk pulang' di mana orang awam boleh membawa seseorang yang menghidap demensia dan kelihatan sesat atau tidak ingat perjalanan pulang mereka," kata SMRT.

Kakitangan SMRT juga dilatih mengenal pasti dan membantu pesakit demensia, dan akan menolong menyatukan mereka dengan pengasuh mereka.

Sebagai sebahagian kerjasama dengan SMRT, Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC) telah melatih kakitangan mereka mengenal pasti pesakit demensia.

Antara ciri-cirinya ialah pesakit kelihatan keliru, tidak sedar persekitaran mereka dan tidak dapat ingat maklumat peribadi atau apa berlaku beberapa jam lalu.

Seorang kakitangan SMRT, Cik Suriani Lestution Jaafar, menggunakan kemahirannya apabila membantu Encik Wong Mun Leong, pesakit demensia berusia 77 tahun, mencari keluarganya setelah mereka terpisah enam jam.

Pengurus stesen MRT Tai Seng itu diberitahu sekumpulan pelajar pada April tahun lalu bahawa seorang warga emas lelaki telah mengekori mereka keluar gantri.

"Saya tanya ke mana beliau mahu pergi namun tidak dijawab. Beliau hanya senyum," cerita Cik Suriani.

Beliau kemudian memberitahu Komand Keselamatan Pengangkutan Awam (TransCom), yang mengambil gambar Encik Wong dan kemudian mendapat tahu keluarga beliau telah membuat laporan mengenai kehilangannya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg