SOKONGAN di bawah skim bantuan wang tunai bagi individu bekerja sendiri (SEP) akan diperluas untuk memberi manfaat kepada lebih ramai individu, umum Menteri Kewangan, Encik Heng Swee Keat.

Kriteria Skim Pelepasan Pendapatan bagi Individu Bekerja Sendiri (Sirs) itu akan diperluas untuk merangkumi secara automatik SEP yang juga meraih pendapatan kecil daripada pekerjaan lain sehingga $2,300 sebulan.