Premium
'Penting bagi pastikan fiskal negara yang kukuh'
Swee Keat: Strategi negara adalah agar kekal disiplin dan berjimat dalam perbelanjaan
Mar 3, 2017 | 5:30 AM
ENCIK HENG SWEE KEAT: Sikap berjimat yang dilaksanakan pemerintah sebelum ini telah dapat membangunkan rizab dan mengeluarkan sebahagian pulangannya untuk digunakan dalam perbelanjaan negara. -
MENTERI Kewangan Heng Swee Keat menggariskan peri pentingnya memastikan kedudukan fiskal negara yang kukuh dan dapat dikekalkan dalam jangka panjang.
Menjawab pertanyaan beberapa Anggota Parlimen (AP), beliau berkata strategi negara ini agar kekal disiplin dan berjimat dalam perbelanjaannya akan diteruskan.

