SPH Logo mobile
Langgan|

Bantuan lagi $10 sehari buat pemandu teksi ComfortDelGro

Bantuan lagi $10 sehari buat pemandu teksi ComfortDelGro

Mar 25, 2020 | 8:26 PM

Bantuan lagi $10 sehari buat pemandu teksi ComfortDelGro

d83f0847-a8a4-4a21-a19f-861a88fa7788
- Foto FAIL

PEMANDU teksi ComfortDelGro akan mendapat bantuan kewangan tambahan $10 sehari untuk membiayai sewa teksi mereka.

Langkah itu diumumkan sedang pendapatan mereka dijangka terus susut dek langkah lebih ketat yang diperkenal pemerintah untuk membendung penularan koronavirus.

Menurut syarikat pengendali teksi ComfortDelGro hari ini (25 Mac), jumlah itu merupakan tambahan kepada jumlah rebat sewa $16.50 sehari yang sepatutnya diberi bagi setiap teksi hingga akhir bulan ini tetapi juga telah dilanjutkan untuk terus diberi hingga akhir April.

Ini bermakna dengan subsidi pemerintah, pemandu ComfortDelGro akan melihat sewa harian dikurangkan sekitar $46.50 sehingga akhir April.

Ketua eksekutif ComfortDelGro Taxi, Encik Ang Wei Neng, berkata:

"Kami akan melakukan apa yang kami mampu untuk membantu pemandu teksi kami pada masa yang sukar sekarang."

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg