Bantuan, rancangan diatur persiap warga meniti masa depan
Premium
Bantuan, rancangan diatur persiap warga meniti masa depan
➤ PM umum perluasan subsidi prasekolah, bantuan universiti dan peningkatan usia persaraan ➤ Turut umum rancangan atasi kesan perubahan iklim serta projek 'Great Southern Waterfront' ➤ Bicentennial Singapura peluang bagi teliti kemajuan lalu, orak langkah masa depan
Aug 19, 2019 | 5:30 AM
MENELITI SEJARAH, MENCORAK MASA DEPAN: Dalam Rapat Hari Kebangsaannya yang ke-16 dan bersempena Bicentennial Singapura, Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengajak rakyat supaya berbangga dengan kemajuan yang dicapai bersama, dan bersatu dalam mencipta masa depan yang lebih cerah. - Foto BH oleh JASON QUAH -
PERDANA Menteri Lee Hsien Loong malam tadi membentangkan beberapa rancangan bagi mewujudkan masa depan lebih baik untuk warga Singapura menerusi perluasan subsidi pendidikan prasekolah, bantuan yuran dan dermasiswa universiti, dan peningkatan usia persaraan pekerja.
Turut diumumkan ialah pelan mempertahan pantai Singapura daripada kesan perubahan iklim dan projek membina Persisiran Selatan Besar atau Great Southern Waterfront (GSW).

