Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bapa didakwa simbah anak dengan air panas hingga mati

Oct 25, 2016 | 2:42 PM
Seorang lelaki didakwa menyimbah anak lelakinya berusia lima tahun dengan air panas di flat sewa mereka di Blok 160, Toa Payoh Lorong 1 pada Sabtu (22 Okt).
Seorang lelaki didakwa menyimbah anak lelakinya berusia lima tahun dengan air panas di flat sewa mereka di Blok 160, Toa Payoh Lorong 1 pada Sabtu (22 Okt). - GAMBAR THE NEW PAPER

SEORANG lelaki berusia 24 tahun didakwa menyimbah air panas berulang kali ke atas anaknya yang berusia lima tahun antara 12 tengah hari dan 8.48 malam Sabtu lalu (22 Oktober).

Budak itu meninggal dunia di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK esoknya.

Pada Isnin (23 Okt), bapanya didakwa menyebabkan kecederaan parah ke atas anaknya melalui bahan panas dengan menyimbah air panas pada kanak-kanak itu beberapa kali di sebuah flat di tingkat 10 di Toa Payoh.

Lelaki itu dan anaknya tidak boleh dinamakan atas perintah larangan.

Tiada maklumat lanjut tentang kejadian itu disebut dalam kertas pertuduhan si bapa, yang direman dan akan hadir di mahkamah sekali lagi pada 31 Okt.

Akhbar The New Paper melaporkan kanak-kanak itu mempunyai tiga adik-beradik dan keluarganya pindah ke flat sewa itu kira-kira dua tahun lalu.

Menurut Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga, ketiga-tiga adik-beradik itu kini diletak dalam penjagaan keluarga angkat sementara oleh Perkhidmatan Perlindungan Kanak-Kanak.

Kementerian juga sedang bekerja rapat dengan keluarga serta para profesional untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan mereka.

Jika didapati bersalah, bapa mereka menghadapi hukuman penjara seumur hidup, atau hingga 15 tahun dan denda atau sebat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg