SEORANG lelaki berusia 34 tahun yang disyaki membunuh kanak-kanak berusia dua tahun telah ditangkap pada Ahad (16 Jun), kata polis dalam kenyataannya pada Isnin (17 Jun).

Lelaki itu ialah bapa kanak-kanak itu, kata polis.

Dalam kenyataannya, polis berkata ia menyahut panggilan meminta bantuan di Blok 163B, Rivervale Crescent pada 10.24 malam dan menemui kanak-kanak dua tahun terkejur kaku dalam bilik tidur sebuah unit blok itu.

Seorang lelaki berusia 34 tahun yang cedera juga ditemui dalam bilik tidur yang sama.

Kededua suspek dan kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Besar Sengkang di mana kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia pada Isnin, 12.28 pagi.

Polis menyifatkan kes itu sebagai pembunuhan.

Siasatan sedang berlangsung.