Barangan lama perang di East Coast Park berjaya dimusnahkan
Premium
Barangan lama perang di East Coast Park berjaya dimusnahkan
Mar 15, 2016 | 5:30 AM
BERJAYA DIMUSNAHKAN: Unit Penghapus Kelengkapan Letupan (EOD) telah memusnahkan barangan lama peninggalan perang dunia seberat sekitar 11 kilogram ini yang ditemui DI East Coast Park kelmarin. - Foto FACEBOOK THE SINGAPORE ARMY -
BARANGAN lama peninggalan perang dunia seberat sekitar 11 kilogram dimusnahkan pasukan Unit Penghapus Kelengkapan Letupan (EOD) Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) petang kelmarin.
Barangan itu, yang ditemui di perkarangan East Coast Park pagi kelmarin, merupakan barangan peninggalan perang yang keempat ditemui dan diumumkan di laman Facebook The Singapore Army tahun ini.

