Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bas berbumbung kebun pertama di S'pura

May 5, 2019 | 3:12 PM
BAS 'HIJAU': Keberkesanan kebun atas bumbung bas ini akan ditentukan di akhir kajian yang akan berlangsung selama tiga bulan ini.
BAS 'HIJAU': Keberkesanan kebun atas bumbung bas ini akan ditentukan di akhir kajian yang akan berlangsung selama tiga bulan ini. - Foto JASMINE CHOONG

BAS awam pertama Singapura dengan kebun di bumbungnya dilancar hari ini (5 Mei).

Ini merupakan sebahagian kajian tiga bulan untuk melihat sama ada suhu dalam bas boleh diturunkan dan sama ada ia mampu menjimatkan minyak.

Kajian ini melibatkan 10 bas SBS Transit buses, termasuk bas 139, 145, 13, 39 dan 45 yang antara lain berkhidmat di kawasan Toa Payoh, Tampines dan Orchard Road.

Bas tersebut dilengkapi dengan sistem tanpa tanah bernama Gaiamat yang dibangunkan di sini.

Daya usaha oleh pakar kehijauan GWS Living Art itu dilancarkan di Taman Lakeside tadi.

Daya usaha itu turut dibiayai Yayasan Temasek serta disokong Lembaga Taman Negara (NParks), Moove Media dan Majlis Bangunan Hijau Singapura.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg