Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bas bertingkat tiga pintu diperkenal tahun ini

Jan 12, 2021 | 5:30 AM
BAS BARU: Sebanyak 100 bas bertingkat yang dilengkapi dua tangga dan tiga pintu akan diperkenal di jalan raya di sini bermula tahun ini. - Foto BH oleh KUA CHEE SIONG
BAS BARU: Sebanyak 100 bas bertingkat yang dilengkapi dua tangga dan tiga pintu akan diperkenal di jalan raya di sini bermula tahun ini. - Foto BH oleh KUA CHEE SIONG -

BAS bertingkat berpintu tiga akan diperkenal di jalan raya di Singapura mulai tahun ini.

Ia direka dengan dua tangga dan pintu keluar tambahan di bahagian belakang untuk memudahkan perjalanan keluar masuk penumpang.

Dalam satu kenyataan semalam, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) berkata dengan tangga tambahan itu, penumpang sedang naik boleh ke dek atas menggunakan tangga pertama sementara penumpang yang mahu turun pula digalak menggunakan tangga kedua.

Pintu tambahan pula membolehkan penumpang di belakang bas turun tanpa perlu menuju ke bahagian tengah bas.

Sebanyak 100 bas bertingkat berpintu tiga akan diperkenal sepanjang tahun ini.

Bas-bas itu akan dibuat oleh dua pengedar - ST Engineering Land Systems Ltd (STELS) dan Alexander Dennis (Singapore) Services Pte Ltd (ADS).

Sebanyak 50 bas STEL akan diperkenal secara berperingkat bermula hujung bulan ini, sementara bas ADS dijangka diperkenal bermula suku kedua tahun ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg