Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bas, kereta api berhias Raya

Stesen MRT Ang Mo Kio, Little India, Paya Lebar, Bugis, Boon Lay, Woodlands dan Tampines turut dihias
Mar 28, 2024 | 9:48 AM
Hiasan lantai bak permaidani dan motif pada dinding gerabak kereta api bertema Hari Raya boleh dilihat dalam beberapa kereta api hingga 7 Mei 2024.
Hiasan lantai bak permaidani dan motif pada dinding gerabak kereta api bertema Hari Raya boleh dilihat dalam beberapa kereta api hingga 7 Mei 2024. - Foto LTA

Pengguna pengangkutan awam boleh merasakan kemeriahan Aidilfitri dalam perjalanan mereka kerana beberapa bas, kereta api dan stesen MRT tertentu dihias dengan tema Hari Raya.

Hiasan Raya itu termasuk pada dinding dalam gerabak kereta api, yang diperindah dengan gambar batik, bebunga dan makanan tradisional.

Diadakan dari 27 Mac hingga 7 Mei, usaha itu hasil kerjasama Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan Taman Warisan Melayu (MHC) dengan pengendali pengangkutan awam SBS Transit, SMRT dan Go-Ahead Singapore.

Stesen MRT Ang Mo Kio, Little India, Paya Lebar, Bugis, Boon Lay, Woodlands dan Tampines akan dihiasi dengan hiasan bertema Hari Raya, selain beberapa kereta api tertentu yang beroperasi di semua enam laluan kereta api.

Dalam pada itu, bas perkhidmatan nombor 7, 12, 70, 99 dan 960, yang melalui kawasan seperti Geylang Serai, dan kejiranan seperti Boon Lay, Woodlands, Clementi, Tampines dan Bedok, juga dihias.

Menurut LTA, kempen ini sebahagian daripada usaha mempertingkat pengalaman penumpang semasa musim perayaan dan memupuk budaya penumpang yang positif.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg