Bas privet terbakar di MCE, jalan susur keluar ECP ditutup
Bas privet terbakar di MCE, jalan susur keluar ECP ditutup
Jan 7, 2018 | 2:57 PM

-
Sebuah bas privet terbakar di Ekspreswe Marina Coastal (MCE) menghala ke Ekspreswe Kallang-Paya Lebar (KPE) tengah hari tadi (7 Januari).
Kebakaran itu berlaku dekat jalan susur keluar East Coast Parkway (Changi).
Menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) yang mengeluarkan kenyataan tentangnya menerusi laman Twitter sekitar 2 petang, jalan susur keluar itu telah pun ditutup.
Difahamkan, kebakaran itu berpunca daripada enjin yang terlampau panas.
[embed]https://twitter.com/LTAtrafficnews/status/949885179358687232[/embed]

