Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bas swasta disedia dari bandar ke estet kejiranan lewat malam

Jan 27, 2023 | 5:30 AM
3fb34585-032b-4b76-8b4a-1031bf0478ba
-

PENUMPANG yang pulang lewat tengah malam akan mempunyai lebih banyak pilihan pengangkutan mulai hari ini setelah dua perkhidmatan bas swasta baru disediakan dari bandar ke estet kejiranan pada hari Jumaat, Sabtu dan menjelang cuti umum.

Perkhidmatan bas malam baru dikendalikan oleh syarikat sewa bas swasta A&S Transit akan membantu mengisi jurang setelah pemberhentian laluan bas NightRider dan Nite Owl, yang dikendalikan oleh pengendali pengangkutan awam SMRT dan SBS Transit sebelum wabak Covid-19 melanda di sini.

Perkhidmatan bas malam awam pada mulanya digantung pada April 2020 berikutan penularan koronavirus di sini, lapor The Straits Times.

Ia kemudiannya dihentikan pada Jun 2022, setelah Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) berkata jumlah penumpang yang rendah, adanya wadah pengangkutan alternatif dan penjimatan kewangan sebagai faktor.

A&S Transit berkata ia melancarkan perkhidmatan bas malam barunya yang dinamakan NS-1 dan NS-2 untuk memenuhi suasana kehidupan malam yang semakin pulih.

Perkhidmatan bas baru itu juga menyediakan alternatif pengangkutan kos rendah kepada penumpang, yang sebelum ini mungkin terpaksa mengambil teksi atau kereta sewa swasta selepas MRT dan perkhidmatan bas tetap berhenti beroperasi, tambah syarikat itu.

Dua perkhidmatan bas itu akan mula beroperasi dari perhentian bas bertentangan dengan Bangunan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) di Shenton Way.

Bas untuk dua perkhidmatan baru itu akan beroperasi selang 45 minit, dengan bas pertama bertolak dari Shenton Way pada 11.30 malam dan bas terakhir bertolak pada 2.30 pagi.

Lebih banyak perjalanan bas mungkin dijadualkan pada malam hari cuti umum.

A&S Transit berkata ia akan mengenakan bayaran tetap sebanyak $4.50 untuk penumpang yang membayar menggunakan kad ez-link.

Mereka yang membayar secara tunai akan dikenakan bayaran $5, dan perlu memberikan jumlah yang tepat kepada pemandu bas.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg