SPH Logo mobile
Langgan|

Basikal tanpa brek harus dilarang di laluan pejalan kaki, jalanan: Panel Penasihat

Basikal tanpa brek harus dilarang di laluan pejalan kaki, jalanan: Panel Penasihat

Dec 30, 2020 | 7:17 PM

Basikal tanpa brek harus dilarang di laluan pejalan kaki, jalanan: Panel Penasihat

Foto BH oleh GIN TAY
Foto BH oleh GIN TAY -

BASIKAL tanpa brek tangan berfungsi harus dilarang melintasi jalanan dan laluan pejalan kaki, kata Panel Penasihat Mobiliti Aktif (AMAP) pada Rabu (30 Disember).

Jika dibenarkan, undang-undang yang diusulkan akan menjejas basikal dengan gear tetap, yang biasanya tidak mempunyai brek tangan tetapi bergantung pada ketahanan pengayuh si penunggang untuk menghentikan basikal tersebut.

Ia juga akan menjejas basikal 'motorcross' (BMX) yang merupakan basikal sukan yang digunakan bagi perlumbaan lasak dan aksi nekad.

Panel ini mengemukakan usulannya kepada Kementerian Pengangkutan pada Rabu.

Dalam laporannya, AMAP berkata:

"Selepas merujuk kepada pakar teknikal, mempelajari pengalaman pihak lain dan mendapatkan maklum balas pelbagai pihak berkepentingan, panel ini menyarankan agar ketetapan minimum berupa penggunaan brek bagi semua basikal diamalkan di laluan awam dan jalanan."

Ia juga menambah ini akan memperbaiki keselamatan buat penunggang dan pejalan kaki yang menggunakan laluan pejalan kaki itu.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg