Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Baucar bagi keluarga berpendapatan rendah untuk rangsang perniagaan setempat

Jun 12, 2020 | 5:06 PM
Isi rumah, yang dikenal pasti melalui pelbagai skim bantuan pemerintah, boleh menggunakan baucar itu di kedai dan gerai yang mengambil bahagian seperti gerai penjaja dan kedai runcit. - FOTO: JASON QUAH.
Isi rumah, yang dikenal pasti melalui pelbagai skim bantuan pemerintah, boleh menggunakan baucar itu di kedai dan gerai yang mengambil bahagian seperti gerai penjaja dan kedai runcit. - FOTO: JASON QUAH. -

SEHINGGA 400,000 isi rumah berpendapatan rendah Singapura boleh mengumpulkan baucar bernilai $50 dalam beberapa bulan mendatang untuk dibelanjakan di pusat-pusat perniagaan tempatan.

Skim Baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) itu dilancarkan pada Jumaat (12 Jun), lapor The Straits Times.

Tujuannya ialah untuk membantu keluarga Singapura dengan perbelanjaan harian sambil menyokong peniaga dan penjaja tempatan.

Isi rumah, yang dikenal pasti melalui pelbagai skim bantuan pemerintah, boleh menggunakan baucar itu di kedai dan gerai yang mengambil bahagian seperti gerai penjaja dan kedai runcit.

Sekitar 2,500 peniaga dan penjaja telah mendaftar setakat ini.

Lebih banyak lagi yang diharapkan akan tampil mengambil bahagian sedang ramai mula sedar akan adanya skim ini dan sedang ekonomi Singapura dibuka semula, kata Mayor CDC South West, Cik Low Yen Ling.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg