Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Baucar SG60 untuk semua rakyat S’pura 21 tahun dan ke atas

Feb 18, 2025 | 4:53 PM
1901b482-7372-4a79-bcf9-38660cdddf32
-

Semua rakyat Singapura berusia 21 tahun dan ke atas pada 2025 akan menerima Baucar SG60 sekali sahaja yang diberikan sebagai sebahagian daripada sebuah pakej untuk mengiktiraf sumbangan semua rakyat dan berkongsi manfaat kemajuan negara bersama sempena hari jadi Singapura yang ke-60 pada 2025, kata Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.

Mengumumkannya dalam Belanjawan 2025 di Parlimen pada 18 Februari, Encik Wong berkata setiap rakyat Singapura akan menerima baucar bernilai $600, manakala mereka yang berusia 60 tahun dan ke atas akan mendapat tambahan $200, menjadikannya $800 secara keseluruhan buat golongan tersebut.

Sekitar tiga juta rakyat Singapura dewasa akan meraih manfaat daripada Baucar SG60 itu, yang penggunaannya sama seperti Baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC).

“Kami akan mengagihkan Baucar SG60 pada Julai. Warga emas akan menerimanya dahulu dan yang lain kemudian.

“Baucar SG60 ini seperti Baucar CDC. Ia boleh digunakan di semua perniagaan yang menerima Baucar CDC – separuh daripadanya boleh dibelanjakan di pasar raya yang mengambil bahagian dan lagi separuh di kedai peniaga dan penjaja di estet kejiranan yang mengambil bahagian,” kata Encik Wong.

Baucar SG60 itu boleh didapatkan secara digital di RedeemSG melalui Singpass.

Mereka yang tidak boleh mendapatkannya secara digital boleh mendekati pusat atau kelab masyarakat terdekat untuk mendapatkan bantuan.

Tarikh terakhir bagi menggunakan Baucar SG60 itu adalah pada 31 Disember 2026.

Butiran lanjut mengenai baucar itu akan dikongsi Persatuan Rakyat (PA) dan CDC nanti.

Sebagai sebahagian daripada pakej SG60 itu, Encik Wong turut mengumumkan rebat cukai pendapatan peribadi sebanyak 60 peratus, dihadkan pada $200, bagi Tahun Penilaian 2025.

Rebat itu dihadkan pada $200 supaya sebahagian besarnya dapat memberi manfaat kepada pekerja berpendapatan pertengahan, kata Encik Wong.

Sementara itu, semua bayi rakyat Singapura yang lahir pada 2025 akan menerima Hadiah Bayi SG60, tambah beliau, dengan butiran lanjut akan dikongsi semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) Pejabat Perdana Menteri (PMO) nanti.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg