Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bawa bantuan kepada penduduk di pedalaman India, Indonesia

May 10, 2024 | 5:29 AM
Pengasas Al Falah Academy SG (AFASG), Ustaz Muhammad Ferozudeen Al Hafiz (tiga dari kanan, berjubah putih), bersama Anggota Parlimen (AP) GRC Jalan Besar, Dr Wan Rizal Wan Zakariah (dua dari kanan), dalam projek SALAM di mana AFASG bekerjasama dengan Masjid Omar Salmah bagi mengagihkan daging korban kepada penerima berkelayakan di Singapura pada 2023. 
Pengasas Al Falah Academy SG (AFASG), Ustaz Muhammad Ferozudeen Al Hafiz (tiga dari kanan, berjubah putih), bersama Anggota Parlimen (AP) GRC Jalan Besar, Dr Wan Rizal Wan Zakariah (dua dari kanan), dalam projek SALAM di mana AFASG bekerjasama dengan Masjid Omar Salmah bagi mengagihkan daging korban kepada penerima berkelayakan di Singapura pada 2023.  - Foto AL FALAH ACADEMY SG

Tumpuan Al Falah Academy SG (AFASG) pada ibadah korban kali ini adalah menjangkau penduduk kawasan pedalaman dan ia muncul sebagai satu-satunya pertubuhan yang bakal membantu penduduk memerlukan di Magelang, Indonesia, dan Arcot, India.

Justeru, sokongan daripada warga Singapura benar-benar diperlukan kerana tiada sebarang bentuk bantuan lain yang sampai ke bahagian pedalaman ini. Masyarakat sering melihat sumbangan yang disampaikan oleh setiap pertubuhan kepada penduduk Indonesia dan India adalah perkara biasa.

Namun, masyarakat kurang sedar bahawa kedua-dua negara tersebut, sebenarnya adalah tempat luas dan masih banyak kawasan yang masih belum menerima bantuan. Pengasas AFASG, Ustaz Muhammad Ferozudeen Al Hafiz, juga turun padang bagi memantau pelaksanaan program dan memastikan kempen korban AFASG berjalan dengan lancar.

Sebagai pengendali berpengalaman, beliau bertungkus-lumus dalam merancang, menyediakan, malah menyembelih sendiri setiap ternakan bagi menunaikan amanah yang dipertanggungjawabkan oleh peserta korban.

“Pelaksanaan ibadah korban perlu mengikut adab-adab mustahab (digalakkan), merangkumi kebajikan haiwan sembelihan dengan memastikan haiwan itu mendapat makanan dan tempat tinggal yang mencukupi.

“Penggunaan tirai juga digunakan supaya haiwan bernyawa tidak memandang kepada haiwan sembelihan, dan haiwan tersebut digantung kepala ke bawah supaya darah mengalir keluar sama banyak. Penyembelihan juga perlu dilakukan dengan pantas dan kami perlu membasuh sebarang kotoran darah di atas meja, sebelum menggantikan tempat tersebut dengan haiwan seterusnya serta etika lain lagi,” kata Ustaz Ferozudeen.

Setiap peserta akan menerima video penyembelihan serta imej sebelum dan selepas penyembelihan melalui WhatsApp. Dengan cara ini, peserta dapat menyaksikan bagaimana ibadah mereka dijalankan, membuktikan AFASG mengambil berat tentang keperluan ibadah peserta.

Peserta juga boleh mendapatkan tawaran korban di Australia, di mana haiwan akan disembelih di sana, sebelum dagingnya diterbangkan ke Singapura. Daging dengan berat lebih kurang 15 kilogram sehingga 18 kilogram akan dibungkus kepada 1 kilogram satu pek bagi memudahkan penghantaran kepada penerima. Kemudian, ia akan dihantar tanpa caj ke depan pintu mereka bersama sebiji cawan kopi percuma.

Para peserta boleh mengambil mana-mana bahagian daging yang dikehendaki. Sekiranya ingin infak, daging yang didermakan oleh peserta akan diberi kepada penerima zakat di Singapura. AFASG bekerjasama dengan masjid dan pertubuhan tempatan di Singapura untuk mengagihkan daging infak kepada keluarga yang kurang berkemampuan.

Bagi mereka yang ingin melakukan korban di India dan Indonesia, mereka dialu-alukan agar mengambil daging lembu segar sebanyak 250 gram secara percuma, sebagai hadiah untuk menjamu keluarga mereka pada hari Aidiladha.

Pengagihan daging tersebut diberikan oleh AFASG di kedai daging Ustaz Muhd Ferozudeen, Premium Butchery Sg, yang terletak di 11 Dunlop St (bersebelahan Masjid Abdul Gafoor), yang menawarkan penjualan daging halal, sayur-sayuran dan barangan runcit dengan penghantaran percuma ke rumah tanpa jumlah minimum.

Untuk maklumat lanjut tentang korban AFASG, sila kunjungi https://alfalahacademy.sg atau WhatsApp kepada 8522 4534.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg