Bayaran berlepas dari lapangan terbang Changi sama rata untuk semua penumpang
Premium
Bayaran berlepas dari lapangan terbang Changi sama rata untuk semua penumpang
Mar 8, 2018 | 5:30 AM
PEMBANGUNAN TERMINAL BARU: Apabila siap pada 2030, T5 akan dapat mengendalikan sehingga 70 juta penumpang setahun, lebih besar daripada gabungan T1, T2 dan T3. - Foto fail -
SEMUA penumpang, sama ada mereka yang menaiki penerbangan jarak dekat atau jauh, akan menggunakan kemudahan yang sama di Lapangan Terbang Changi, justeru perlu membayar bayaran berlepas yang sama, kata Menteri Kedua Pengangkutan Ng Chee Meng.
"Ia adalah adil", kata Encik Ng, semasa memberikan respons kepada saranan yang dikemukakan Encik Zaqy Mohamad (GRC Chua Chu Kang).

