Topik diikuti
Pergi ke BHkuBayaran dikenakan ejen pengurusan berdasar kadar dipersetujui
1 of 2
Feb 14, 2015 | 5:30 AM
Bayaran dikenakan ejen pengurusan berdasar kadar dipersetujui
KETUA Parti Pekerja (WP), Encik Low Thia Khiang, berkata bayaran yang dikenakan syarikat FM Services & Solutions (FMSS) merupakan kadar yang diperoleh menerusi tender dan pihaknya memberikan kontrak berdasarkan kadar yang telah dipersetujui.
Menjawab pertanyaan Menteri Pendidikan, Encik Heng Swee Keat, Encik Low berkata tiada syarikat lain yang menyertai tender bagi tugas ejen pengurusan di kawasan undi pembangkang itu.