Bayaran insurans perlindungan rumah 10% lebih rendah

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bayaran insurans perlindungan rumah 10% lebih rendah

Bagi lebih 540,000 pencarum CPF
Jun 25, 2021 | 5:30 AM

Bayaran insurans perlindungan rumah 10% lebih rendah

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
TUNTUTAN: Tahun lalu, $83.8 juta tuntutan dibayar kepada pemilik rumah di bawah Skim Perlindungan Perumahan (HPS). - Foto BH oleh LIM YAOHUI
TUNTUTAN: Tahun lalu, $83.8 juta tuntutan dibayar kepada pemilik rumah di bawah Skim Perlindungan Perumahan (HPS). - Foto BH oleh LIM YAOHUI -

LEBIH 540,000 pemilik flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan, secara purata, membayar 10 peratus lebih rendah bagi premium skim insurans perlindungan rumah Tabung Simpanan Pekerja (CPF) mulai 1 Julai.

Lembaga CPF semalam berkata ia sedang mengurangkan premium bagi Skim Perlindungan Perumahan (HPS) disebabkan pengalaman tuntutan dan pulangan pelaburan yang melepasi jangkaan.

Skim itu melindungi pencarum CPF dan keluarga mereka daripada risiko kehilangan flat HDB mereka sekiranya berlaku kematian, penyakit membawa maut, kehilangan seluruh keupayaan selama-lamanya sebelum pinjaman perumahan mereka selesai dibayar.

Tahun lalu, sebanyak $83.8 juta tuntutan dibayar kepada pemilik rumah yang dilindungi di bawah HPS.

Kali terakhir terdapat pengurangan dalam premium bagi skim tersebut adalah pada 2018, lapor The Straits Times.

Semakan semula berkala dijalankan oleh Lembaga CPF untuk memastikan premium HPS terus dimampui, sambil mengekalkan kemampanan jangka panjang dana HPS, kata CPF.

Kadar baru itu akan mula dikenakan bagi anggota yang menyertai skim tersebut pada atau selepas 1 Julai.

Sementara itu, anggota sedia ada akan membayar harga lebih rendah itu apabila mereka membayar premium tahunan mereka atau mengubah perlindungan mereka pada atau setelah 1 Julai.

Contohnya, seorang pencarum lelaki berusia 36 tahun yang mempunyai pinjaman perumahan dari HDB bernilai $200,000 selama 30 tahun akan membayar premium tahunan lebih rendah sebanyak $209.40 berbanding $232.40 - bersamaan pengurangan sebanyak 10 peratus - apabila beliau menyertai skim itu mulai 1 Julai tahun ini, kata CPF.

"Pengurangan dalam premium insurans akan membantu kewangan perumahan keluarga saya dalam jangka masa panjang," kata Cik Peggy Lim, 34 tahun, seorang eksekutif logistik.

Pencarum CPF yang sedang menggunakan penjimatan CPF untuk membayar pinjaman perumahan mereka perlu dilindungi di bawah HPS, kata CPF.

Mereka yang tidak menggunakan wang CPF mereka untuk membayar pinjaman perumahan juga boleh memohon bagi insurans tersebut.

Mulai bulan depan, bakal pembeli rumah boleh menggunakan kalkulator HPS di laman web CPF untuk menganggarkan premium baru mereka.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman web HPS atau dengan menghubungi Lembaga CPF menerusi laman web CPF.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg