Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Bayaran pendahuluan serendah 2.5% bagi flat BTO pasangan muda layak mulai Jun

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bayaran pendahuluan serendah 2.5% bagi flat BTO pasangan muda layak mulai Jun

Pada masa ini pasangan muda yang layak
perlu bayar pendahuluan sehingga 10 peratus harga flat
Mar 05, 2024 | 06:13 PM



Pasangan muda layak yang sedang menanti flat baru mereka boleh memperuntukkan bayaran pendahuluan lebih rendah – 2.5 peratus daripada harga flat – mulai Jun, kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee (gambar sisipan).

Semakan terhadap Skim Bayaran Pendahuluan Tidak Serentak (SDS) diumumkan Encik Lee semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) Kementerian Pembangunan Negara pada 5 Mac.

Perubahan itu akan membantu meringankan beban pasangan yang ingin mendapatkan rumah sendiri dengan lebih cepat, termasuk mereka yang masih belajar, anggota Perkhidmatan Negara (NS) atau yang baru mula bekerja.

Pasangan tersebut perlu terdiri daripada pelajar sepenuh masa, lulusan baru atau anggota NS.

Sekurang-kurangnya salah seorang daripada mereka perlu berusia 30 tahun ke bawah, dan pasangan itu perlu membuktikan mereka sudah berkahwin atau membuat permohonan di bawah skim pertunangan.

Skim yang disemak itu akan berkuat kuasa mulai pelancaran flat Bina Ikut Tempahan (BTO) Jun pada 2024.

Buat masa ini, pasangan muda yang layak perlu membayar sekitar 5 hingga 10 peratus harga flat mereka, bergantung kepada pilihan mereka membiayai harga flat itu.

Ini berbanding 10 peratus yang perlu dibayar kebanyakan pembeli flat baru lain yang mengambil pinajaman HDB, atau 20 peratus bayaran pendahuluan yang perlu dibayar pembeli yang mengambil pinjaman dari institusi kewangan.

Pasangan muda yang layak boleh membuat permohonan untuk flat baru dan menangguhkan penilaian pendapatan – bagi menentukan sama ada mereka boleh mendapatkan geran atau pinjaman – kepada tempoh sebelum mengambil kunci rumah.

Ini kerana jika pendapatan mereka dinilai pada masa mereka membuat permohonan flat, pasangan itu mungkin tidak layak menerima geran seperti Geran Perumahan CPF Dipertingkat (EHG), yang memerlukan sekurang-kurangnya salah seorang daripada mereka untuk bekerja sekurang-kurangnya 12 bulan.

Dengan menangguhkan penilaian pendapatan, pasangan itu kemungkinan besar akan layak menerima geran dan mungkin boleh mendapatkan jumlah pinjaman yang lebih tinggi, menurut Kementerian Pembangunan Negara dalam kenyataan pada 5 Mac.

“Kami ingin berusaha kurangkan beban kewangan awal bagi pasangan-pasangan ini,” kata Encik Lee

“Bagi sesetengah daripada mereka, bayaran pendahuluan yang sudah dikurangkan kepada 5 peratus di bawah SDS tetap merupakan beban kewangan yang besar,” jelasnya.

Mulai pelancaran BTO pada Jun 2024, pasangan yang layak menangguh penilaian pendapatan demi menentukan sama ada mereka layak mendapatkan pinjaman dari HDB atau EHG akan menyaksikan bayaran pendahuluan yang perlu diperuntukkan dikurangkan kepada 2.5 peratus harga flat mereka.

Ini tidak kira pilihan mereka dalam membiayai harga flat tersebut.

Menurut Encik Lee, lebih 3,700 pasangan telah memanfaatkan langkah menangguh penilaian pendapatan dengan sokongan SDS untuk “mengurangkan kos awal dan mendapat rumah lebih awal.”

“Bagi pasangan yang bersedia membeli flat dan telah berjimat untuk membuat bayaran pendahuluan itu, saya harap peningkatan ini boleh membantu anda mendapat rumah lebih awal dan membina keluarga lebih awal,” katanya.

Dalam pada itu, Encik Lee berkata saranan Parti Kemajuan Singapura (PSP) untuk memperluas akses perumahan bagi golongan bujang lebih muda boleh menyebabkan kadar permohonan untuk BTO dan harga flat jualan semula melonjak tinggi.

Golongan bujang kini dibolehkan membeli flat BTO dua bilik fleksi serata Singapura mulai separuh kedua 2024 dan pemerintah akan meningkatkan bekalan flat untuk memenuhi keperluan yang bertambah, tambahnya.

“Jika kita mempunyai tanah dan sumber pada masa ini untuk memperluaskan peluang golongan bujang (mendapatkan rumah), kita akan melakukan demikian,” kata Encik Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >