Topik diikuti
Pergi ke BHkuBayaran pengumpulan sampah isi rumah naik mulai 1 Jan sedang kos operasi, tenaga manusia bertambah
Bayaran pengumpulan sampah isi rumah naik mulai 1 Jan sedang kos operasi, tenaga manusia bertambah
Bayaran pengumpulan sampah isi rumah naik mulai 1 Jan sedang kos operasi, tenaga manusia bertambah
BAYARAN pengumpulan sampah isi rumah akan dinaikkan mulai 1 Januari tahun depan, sejajar dengan kos operasi dan tenaga manusia.
Kosnya adalah $9.63 sebulan - meningkat sebanyak $1.38 daripada $8.25 buat masa ini - untuk isi rumah di apartmen termasuk flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dan kondominium yang tidak meminta dikecualikan daripada skim pengumpulan sisa awam.
Mereka yang menetap di rumah sebuah akan membayar $32.07 sebulan, satu peningkatan $4.60 daripada $27.47, kata Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) pada Selasa (30 November).
Ia menambah, ini adalah kali pertama bayaran itu dinaikkan sejak 2017, dengan semakan bayaran dibuat setiap dua tahun.
Di Singapura, pengumpul sampah awam dilantik oleh NEA.
Kini terdapat tiga - 800 Super Waste Management, Alba W&H Smart City dan SembWaste - yang beroperasi di kawasan berbeza di Singapura.
NEA berkata ia bekerjasama dengan pengumpul bahan buangan untuk mengurangkan keperluan bagi tenaga manusia agar dapat mengurus kos bagi isi rumah.
"Pengumpulan sampah secara tradisi adalah intensif buruh...tidak mampan untuk meneruskan tenaga manusia yang bertambah bagi memenuhi permintaan khidmat," katanya.
Mengalihkan sektor ini perlu bagi menambah keberkesanan, menggalak pertumbuhan dan menjana pekerjaan lebih baik, tambahnya.
Satu cara penyedia khidmat menaiktarafkan khidmatnya melibatkan penggunaan tong dan trak pemuatan sisi yang membolehkan lebih banyak bahan kitar semula dikumpulkan bahkan dengan kru seorang pekerja sahaja.
Trak muatan duaan pula membolehkan bahan kitar semula dan bahan sisa taman daripada rumah sebuah diperolehi dalam rondaan yang sama.
Isi rumah yang layak menerima Baucar Cukai Barangan dan Perkhidmatan - rebat U-Save yang akan diedarkan pada Januari.
NEA berkata: "Skim ini membantu isi rumah HDB yang layak dengan perbelanjaan utiliti yang melibatkan bayaran pengumpulan sampah.
"Sebagai tambahan, isi rumah yang berdepan dengan kesukaran kewangan boleh bertemu Pejabat Khidmat Sosial terdekat bagi bantuan."
