Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bayaran rawatan Covid-19 bagi pesakit S'pura, PR yang pulang ke tanah air disemak

Aug 6, 2020 | 7:27 PM
SEMAK KOS RAWATAN: Warga Singapura dan penduduk tetap yang dapat memanfaatkan subsidi pemerintah dan Medishield Hayat untuk membayar rawatan Covid-19.
SEMAK KOS RAWATAN: Warga Singapura dan penduduk tetap yang dapat memanfaatkan subsidi pemerintah dan Medishield Hayat untuk membayar rawatan Covid-19. - - Foto NEO XIAOBIN

BERMULA esok, semua rakyat Singapura dan penduduk tetap (PR) yang keluar dari negara ini di bawah urusan perjalanan yang dibenarkan dan kemudian menunjukkan simptom Covid-19 dalam tempoh 14 hari kepulangan mereka perlu membayar rawatan hospital sendiri.

Namun mereka boleh menggunakan aturan sedia ada seperti subsidi pemerintah dan Medishield Hayat untuk mendapatkan rawatan tersebut.

Pemegang pas jangka panjang juga mampu memanfaatkan pengaturan pembiayaan seperti insurans pekerja asing untuk rawatan mereka, walaupun mereka mesti membayar baki yang tidak dibayai.

Menteri Kesihatan Gan Kim Yong mengumumkan semakan yang dilakukan Kementerian Kesihatan (MOH) terhadap bayaran kos perubatan Covid-19 ketika sidang media maya hari ini (6 Ogos).

Buat masa ini, pemerintah membiayai kos rawatan bagi pesakit Covid-19 warga Singapura, PR dan pemegang pas pekerja.

Bagaimanapun, menurut MOH, mereka yang didapati melanggar nasihat perjalanan sedia ada bertanggungjawab membayar bil perubatan mereka sendiri.

Encik Gan yang juga pengerusi bersama Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) berkata:

"Dalam usaha kita membenarkan perjalanan penting menerusi pelbagai skim secara beransur, kami telah mengkaji semula dasar pembiayaan bagi rawatan Covid-19 untuk pesakit ini."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg