Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bayi maut selepas tengkorak retak: Wanita kini hadapi tuduhan bunuh

Feb 4, 2023 | 5:30 AM
PERTEMUAN PEMIMPIN KANAN: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah), dan pemimpin kanan lain bergambar selepas mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan yang pertama di Menara Dato' Onn di Kuala Lumpur. - Foto MALAY MAIL
PERTEMUAN PEMIMPIN KANAN: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah), dan pemimpin kanan lain bergambar selepas mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan yang pertama di Menara Dato' Onn di Kuala Lumpur. - Foto MALAY MAIL -

SEORANG wanita yang dituduh melakukan serangan ke atas seorang bayi berusia dua bulan hingga mengakibatkannya mengalami keretakan tengkorak, kini berdepan tuduhan membunuh selepas kanak-kanak itu meninggal dunia.

Perintah melindungi identiti wanita dan bayi itu juga telah ditarik balik kerana kematian kanak-kanak berkenaan.

Sim Liang Xiu, 29 tahun, semalam dituduh membunuh Zabelle Peh Yu Xuan di sebuah flat di Blok 363 Sembawang Crescent antara 9 dengan 10 malam pada 8 Januari lalu.

Dia dituduh menjatuhkan kanak-kanak itu secara paksa pada katil bayi, dan ini dikatakan menyebabkan tengkorak kanak-kanak itu retak.

Sim dan seorang lelaki berusia 31 tahun telah didakwa pada 17 Januari atas tuduhan mendera itu.

Dokumen mahkamah tidak menyatakan apakah hubungan mereka dengan bayi itu.

Lelaki itu dituduh melakukan kesalahan di bawah Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda.

Dia didakwa menyebabkan kecederaan yang tidak wajar dilakukan kepada bayi itu dengan menampar mukanya di sebuah lagi flat Sembawang pada kira-kira 1.30 pagi pada 5 Januari. Kes lelaki itu telah ditangguhkan kepada 6 Februari.

Sim akan ditahan di Divisyen Polis Central dengan kesnya ditangguhkan kepada 10 Februari ini.

Pesalah yang disabitkan dengan kesalahan membunuh boleh dihukum mati atau dipenjarakan seumur hidup di samping menerima hukuman rotan.

Pesalah wanita tidak boleh dirotan.

*Artikel ini telah disemak bagi menambah ketepatannya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg