Premium
Bayi pertama Tahun Baru
Jan 2, 2017 | 5:30 AM
BERSYUKUR: Encik Nor Hazwan dan isterinya, Cik Syazwani, gembira menyambut kelahiran anak sulung mereka selang 26 minit selepas 12 tengah malam. - Foto ZAINAL YAHYA -
SEDANG ramai rakyat Singapura sibuk mengambil gambar dan bergembira menikmati pertunjukan bunga api yang diadakan di serata Singapura, jantung Encik Nor Hazwan Noraziz berdegap-degup kencang sambil menanti di luar wad pembedahan.
Meskipun cuba mengalihkan fikirannya dengan bermain game di telefon bimbit, jari-jemarinya tetap menggigil kerana menunggukan berita yang dinantikan daripada doktor atau jururawat yang berada di dalam wad pembedahan bersama isterinya, Cik Syazwani Mohamed.

