Bayi Tahun Baru selamat dilahirkan di Hospital Parkway East
Bayi Tahun Baru selamat dilahirkan di Hospital Parkway East
Jan 1, 2022 | 6:58 PM

DISAMBUT GEMBIRA: Pasangan Encik Syahir (dua dari kanan) dan Cik Norfatinah (kanan) bersama bayi Tahun Baru mereka, Daniya Iman, menerima bakul hadiah daripada pihak Hospital Parkway East. - Foto Hospital Parkway East -
TAHUN BARU kali ini disambut amat istimewa bagi pasangan Encik Syahir Mohd Reduan, 29 tahun, dan Cik Dinah Norfatinah Djanamar, 26 tahun.
Mereka yang mendirikan rumahtangga pada Februari lalu menimang cahaya mata pertama, Daniya Iman, yang dilahirkan kira-kira 12 tengah malam di Hospital Parkway East sempena Tahun Baru.
Ia merupakan kelahiran normal bagi bayi seberat 3.22 kilogram itu.

