Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bazar Hari Raya Geylang Serai dibatal lagi tahun ini, akan diadakan dalam talian

Jan 13, 2021 | 12:15 PM
Bazar Hari Raya Geylang Serai 2021 dibatalkan.
Bazar Hari Raya Geylang Serai 2021 dibatalkan. - Foto FAIL

BAZAR Hari Raya Geylang Serai tahun ini akan terus dibatalkan.

Sebaliknya, ia akan terus berlangsung di dalam talian menggunakan satu wadah baru, menurut penganjurnya, Wisma Geylang Serai (WGS).

Menerusi satu kenyataan hari ini, WGS berkata mereka akan mengumumkan butiran lanjut kemudian.

"Dengan keadaan Covid-19 yang berubah-ubah, bazar dan pameran dagang fizikal yang biasanya menarik ramai orang tidak akan disambung.

"Bagi keselamatan dan kesejahteraan penduduk, Bazar Hari Raya Geylang Serai yang dianjurkan WGS akan terus diadakan di dalam talian tahun ini menerusi satu wadah digital baru," kata WGS.

Bazar di dalam talian itu bertujuan merai budaya dan warisan masyarakat Melayu/Islam, dengan menawarkan pelbagai pengalaman bagi segenap lapisan warga.

Orang ramai juga dapat terus menikmati lampu Hari Raya yang akan mewarnai Geylang Serai di Geylang Road dan Sims Avenue dari 9 April hingga 23 Mei.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg