Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bazar Raya di Kampong Gelam masih sesak walau hari terakhir

Apr 5, 2024 | 6:36 PM
Orang ramai dilihat melanggani gerai di Bazar Gemilang Kampong Gelam yang hari terakhirnya beroperasi ialah Jumaat, 5 April.
Orang ramai dilihat melanggani gerai di Bazar Gemilang Kampong Gelam yang hari terakhirnya beroperasi ialah Jumaat, 5 April. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

Bazar Gemilang Kampong Gelam masih sesak pada hari terakhir, 5 April.

Gerai-gerai bazar itu tersedia sepanjang Kandahar Street, Muscat Street dan Baghdad Street.

Ia merupakan edisi bazar Ramadan terbesar dan paling lama dijalankan pada 2024, yang berlangsung hampir lima minggu dari 2 Mac dan menampilkan lebih daripada 100 gerai yang menjual pelbagai makanan dan minuman serta barangan runcit.

Terdapat beberapa penjual di bazar tersebut yang dilihat menjual produk-produk mereka pada harga diskaun sementara menunggu waktu malam sebelum mereka mula untuk melelongnya.

Bazar Gemilang Kampong Gelam dijayakan bersama pihak One Kampong Gelam (OKG), Lembaga Pelancongan Singapura (STB), Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) dan Masjid Sultan.

Penganjur acara Eventify dipilih sebagai penganjur bazar itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg