Bazar Raya Geylang Serai kembali lebih gah

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bazar Raya Geylang Serai kembali lebih gah

Mar 27, 2023 | 5:30 AM

Bazar Raya Geylang Serai kembali lebih gah

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
NIKMATI SUASANA: Pengunjung yang ingin menjamu selera di bazar boleh melakukan demikian dengan selesa, dengan tempat duduk disediakan untuk orang ramai menikmati makanan dan minuman yang dibeli atau berehat sebentar. - Foto-foto BH oleh SHAFIQ APANDI
NIKMATI SUASANA: Pengunjung yang ingin menjamu selera di bazar boleh melakukan demikian dengan selesa, dengan tempat duduk disediakan untuk orang ramai menikmati makanan dan minuman yang dibeli atau berehat sebentar. - Foto-foto BH oleh SHAFIQ APANDI -

TIADA lagi sekatan mahupun perlu beratur panjang untuk menanti giliran memasuki bazar.

Tahun ini, Bazar Raya Geylang Serai kembali dengan lebih gah dan meriah, menampilkan sehingga 700 gerai runcit serta makanan dan minuman.

Dianjurkan Wisma Geylang Serai (WGS), bazar itu akan berlangsung selama 36 hari sehingga 21 April 2023 - yang paling lama acara utama sempena Ramadan itu pernah diadakan.

Dua konsep berbeza telah diperkenalkan bagi bazar tersebut.

Tapak dan bahagian pertama yang dianggar terdiri daripada 500 gerai terletak dalam kawasan WGS, sementara baki 200 gerai di tapak serta bahagian kedua terletak di sepanjang Geylang Road bermula dari Pasar Geylang Serai sehingga ke kawasan bersebelahan Tanjong Katong Complex.

Konsortium terdiri daripada syarikat S-Lite Event Support Pte Ltd bersama Enniche Global Trading dan TLK Trade Fairs & Events Pte Ltd telah memenangi tender untuk menguruskan dua tapak Bazar Raya Geylang Serai itu untuk tahun ini.

Bukan hanya perhiasan, kasut, beg, baju Raya dan makanan dan minuman enak yang boleh didapati di bazar itu.

Malah, anak-anak kecil juga boleh mengambil peluang menunggang kuda padi dan bermain permainan arked.

Kawasan Geylang Serai juga bermandikan cahaya bergemerlapan dengan hiasan lampu berwarna-warni. Acara penyalaan Lampu Hari Raya itu telah dilancarkan oleh Presiden Halimah Yacob, serta suaminya Encik Mohamed Abdullah Alhabshee, pada 17 Mac.

Antara mereka yang telah mengunjungi bazar itu ialah Cik Hara Samad, 61 tahun.

"Saya rasa gembira lihat suasana meriah dan cahaya warna-warni di sini dan di samping itu, banyak pilihan yang ada untuk saya berbelanja bagi keperluan Hari Raya nanti," kata suri rumah itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg