Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Bazar Raya Utara Sembawang dibuka, penyewa termasuk peserta Program Niaga Mikro AMP

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bazar Raya Utara Sembawang dibuka, penyewa termasuk peserta Program Niaga Mikro AMP

Penduduk di kawasan utara Singapura kini boleh dapat keperluan bulan puasa di sekurang-kurangnya empat bazar Raya di sekitar Woodlands, Sembawang, Admiralty dan Yishun
Mar 11, 2024 | 12:29 PM



Penduduk di utara Singapura kini mempunyai satu lagi pilihan bazar Ramadan dengan pelancaran Bazar Raya Utara (BRU) di Sembawang buat julung-julung kalinya.

Bazar di Sembawang itu serta di Woodlands telah dirasmikan oleh para penasihat pertubuhan akar umbi GRC Sembawang pada 9 Mac.

Sebelum ini Bazar Raya Utara hanya dianjurkan di Woodlands sahaja.

Bazar Raya Utara di Sembawang, yang terletak bersebelahan stesen MRT Sembawang, menawarkan 70 gerai, manakala Bazar Raya Utara di Woodlands, yang terletak bertentangan stesen MRT Admiralty, menawarkan 170 gerai.

“Ini kali pertama BRU 2024 diadakan di Sembawang dan Woodlands, satu pencapaian baru dalam acara terkemuka GRC Sembawang. Ini hanya dapat dicapai dengan semangat gotong-royong yang ditunjukkan oleh semua pihak yang terlibat.

“Dalam usaha kita berkongsi suasana Ramadan, Hari Raya dan tradisi budaya, kita berharap dapat berkongsi juga keindahan budaya Melayu dengan penduduk berbilang kaum, dan memupuk semangat kemasyarakatan dan perpaduan,” kata Anggota Parlimen (AP), Cik Mariam Jaafar (GRC Sembawang).







Bazar di Sembawang mengetengahkan 10 penyewa gerai, yang merupakan penduduk Canberra dan Sembawang yang menjalani Program Niaga Mikro AMP selama tiga bulan anjuran M3@Woodlands, Masjid Assyafaah dan Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Canberra dan Sembawang.


Program tersebut membimbing mereka tentang selok-belok perniagaan dan memberi mereka peluang untuk mempelajari kemahiran dan ilmu pengetahuan tentang membuka perniagaan sendiri dari rumah, lantas membantu mereka menambah pendapatan keluarga.

Menjelaskan lanjut, pengerusi Bazar Raya Utara di Sembawang, Encik Muhammad Harmizan Abdul Hamid, berkata pihak penganjur mengutamakan keperluan penduduk semasa perancangan awal bazar tersebut.

“Sejak beberapa tahun ini, MAEC Sembawang dan M3@Woodlands telah menganjurkan pelbagai program bertujuan untuk memupuk minda keusahawanan melalui ceramah dan pasar lambak.


“Kali ini, kami memperluaskan usaha kami dengan bekerjasama dengan AMP dan Masjid Assyafaah untuk menyediakan latihan untuk penduduk kami mengenai penubuhan perniagaan dari rumah,” kata Encik Harmizan.

Pelancaran bazar-bazar tersebut turut diserikan dengan kehadiran Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, serta AP GRC Sembawang, Cik Poh Li San.

Selama 30 hari, pengunjung dapat menikmati juadah makanan tradisional dan fusion yang pelbagai serta membeli-belah untuk persiapan Hari Raya.







Pengunjung ke Bazar Raya Utara di Woodlands pula dapat melihat lukisan-lukisan yang memaparkan ayat suci Al-Quran daripada Surah Al-Fatihah dan Al-Baqarah.

Ia mempamerkan seni khat ayat Al-Quran, yang digantung di atas 27 panel setiap satu sebesar 8 kaki kali 11 kaki, yang dilukis oleh pelukis tersohor dari Malaysia, Encik Abdul Ghafur Haji Tahir.


Sepanjang bazar juga, penduduk dapat menikmati lampu hiasan yang telah dipasang di sepanjang Woodlands Avenue 6 dan 7.

“BRU 2024 merupakan acara pertama dalam senarai aktiviti dan program yang dirancang sepanjang Ramadan untuk menghimpunkan penduduk di serata GRC.

“Semua penduduk, tidak kira bangsa, juga dijemput menyertai majlis Buka Puasa GRC Sembawang pada 23 Mac dan majlis Sahur GRC Sembawang yang akan diadakan buat julung-julung kali pada 6 April,” kata penganjur.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >