Topic followed successfully
Go to BHkuBazar 'Retro Raya' OTH turut ketengah produk 4 negara
Bazar 'Retro Raya' OTH turut ketengah produk 4 negara
Bazar 'Retro Raya' OTH turut ketengah produk 4 negara
BAZAR Hari Raya yang berbilang budaya - itulah yang dianjurkan Our Tampines Hub (OTH) menjelang musim perayaan Aidilfitri 2023.
Bertemakan 'Retro Raya', bazar yang mengetengahkan sekitar 50 gerai menjual pakaian Hari Raya, makanan dan minuman serta kuih-muih berlangsung dari 1 hingga 19 April.
Pada Sabtu, beberapa penasihat akar umbi Tampines - Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad; Menteri Negara Kanan ( Kemampanan dan Sekitaran merangkap Tenaga Kerja) Dr Koh Poh Koon; dan Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) North East, Encik Desmond Choo - turun padang dan bertemu pegerai di bazar tersebut.
Mereka kemudian menyertai sekitar 500 penduduk Tampines, tetamu undangan dan penyewa gerai di OTH dalam acara berbuka puasa beramai-ramai.
Ditemui media, Encik Masagos berkata bazar Hari Raya anjuran OTH kali ini "inklusif".
"Kami beri peluang kepada mereka yang menjalankan perniagaan dari rumah untuk menjual barangan mereka.
"Sekali gus kami juga mengundang empat negara - Jepun, Brunei, Indonesia dan Jordan - untuk mempamerkan produk-produk mereka.
"Jadi di bazar (OTH) agak lain, bukan hanya menjual barang-barang untuk Hari Raya, tapi juga untuk memberikan semua, tidak kira bangsa atau agama untuk menikmati suasana bazar Ramadan," ujar beliau.

