Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Beberapa akaun WhatsApp palsu menyamar sebagai Menteri Pertahanan Eng Hen

Oct 3, 2023 | 8:23 PM
BERI AMARAN: Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, menggesa orang ramai supaya berhati-hati tentang akaun WhatsApp yang mencurigakan.
BERI AMARAN: Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, menggesa orang ramai supaya berhati-hati tentang akaun WhatsApp yang mencurigakan. - Foto ST

Beberapa akaun WhatsApp palsu yang menyamar sebagai Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, telah dilaporkan, menurut catatan di akaun Instagram beliau.

Laporan polis telah difailkan, tambah catatan itu, yang dikongsi oleh pentadbiran menteri tersebut.

Terdapat sekurang-kurangnya dua kejadian lain pada 2023 mengenai akaun media sosial palsu yang melibatkan tokoh atau organisasi awam.

Pada September, Anggota Parlimen, Encik Saktiandi Supaat (GRC Bishan-Toa Payoh) memberi amaran kepada pengikut beliau tentang akaun media sosial palsu yang menyamar sebagai dirinya.

Pada Februari, Kementerian Pertahanan (Mindef) membuat laporan polis mengenai akaun WhatsApp palsu yang menawarkan pekerjaan di kem Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).

Di Facebook, Dr Ng menggesa orang ramai supaya berhati-hati apabila dihubungi oleh akaun WhatsApp yang mencurigakan dan melaporkannya melalui fungsi “Laporan” WhatsApp.

Siasatan terhadap akaun WhatsApp palsu yang menyamar sebagai Dr Ng sedang dijalankan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg