Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Beberapa jalan raya ditutup susulan previu NDP Sabtu ini

Aug 2, 2022 | 5:30 AM
(Dari kiri): Cik Ho Ching, Encik Lee Hsien Loong, Puan Halimah Yacob, Encik Mohamed Abdullah Alhabshee, Encik Goh Chok Tong dan Cik Tan Choo Leng.
(Dari kiri): Cik Ho Ching, Encik Lee Hsien Loong, Puan Halimah Yacob, Encik Mohamed Abdullah Alhabshee, Encik Goh Chok Tong dan Cik Tan Choo Leng. - MCI

SUSULAN previu Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) kedua Sabtu ini, beberapa jalan raya akan ditutup dan langkah keselamatan tambahan dikuatkuasakan di kawasan Marina Bay.

Penutupan jalan raya di bahagian tertentu akan dikuatkuasakan di beberapa jalan raya pada tempoh tertentu hari itu.

Jalan raya terjejas adalah:

Finlayson Green, Marina Boulevard, Raffles Avenue, Temasek Avenue, Republic Avenue, Republic Boulevard, Raffles Boulevard, Bayfront Avenue, Raffles Link, Nicoll Highway, Esplanade Drive, Stamford Road, Brass Basah Road, Fullerton Road, Collyer Quay dan Raffles Quay.

Kemasukan ke jalan-jalan itu hanya khusus bagi kenderaan yang mendapat izin dengan label diluluskan selain kenderaan polis dan kenderaan kecemasan, kata polis dalam kenyataannya semalam.

Pegawai polis tambahan dan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) akan dikerah ke persimpangan jalan raya terjejas bagi membantu lalu lintas.

Polis berkata kesesakan dijangka berlaku di Raffles Avenue, Temasek Avenue, Bayfront Avenue, Marina Boulevard, Raffles Boulevard, Republic Boulevard, Republic Avenue, Nicoll Highway, Robinson Road, Cecil Street, Collyer Quay, Bras Basah Road, Beach Road dan Ophir Road.

Para pemandu dinasihatkan merancang laluan perjalanan mereka awal dan mengelak daripada menggunakan jalan-jalan tersebut.

Orang awam yang ingin berkunjung ke kawasan terjejas digalak menaiki pengangkutan awam.

Pada masa yang sama, pemandu yang menuju ke Suntec City dan Marina Square menerusi Raffles Avenue, Raffles Boulevard, dan Bayfront Avenue dinasihatkan menggunakan laluan alternatif melalui Nicoll Highway atau Rochor Road menuju ke Temasek Boulevard.

Larangan meletak kereta di sepanjang jalan sampingan akan diperketat dan kenderaan yang didapati diletakkan secara sembarangan atau menghalang lalu lintas akan ditarik.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg