Beberapa stesen NEL tutup lebih awal pada Jumaat, Sabtu bulan April dan Mei

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Beberapa stesen NEL tutup lebih awal pada Jumaat, Sabtu bulan April dan Mei

Apr 2, 2021 | 7:29 PM

Beberapa stesen NEL tutup lebih awal pada Jumaat, Sabtu bulan April dan Mei

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
DITUTUP LEBIH AWAL: Pada 9, 10, 16 dan 17 April, stesen-stesen Kovan, Hougang, Buangkok, Sengkang dan Punggol akan tutup pada sekitar 11 malam, berbanding 12 malam biasanya.
DITUTUP LEBIH AWAL: Pada 9, 10, 16 dan 17 April, stesen-stesen Kovan, Hougang, Buangkok, Sengkang dan Punggol akan tutup pada sekitar 11 malam, berbanding 12 malam biasanya. - - Foto fail

BEBERAPA stesen MRT di Laluan North East (NEL) akan ditutup lebih awal pada beberapa hari Jumaat dan Sabtu pada April dan Mei ini, bermula minggu depan (9 dan 10 April).

Penutupan itu bagi membolehkan kerja-kerja dilakukan untuk mengganti insulator di Sistem Katenari Overhed (OCS), yang membekalkan kuasa kepada kereta api, kata pengendali pengangkutan awam SBS Transit pada Jumaat (2 April).

Pada 9, 10, 16 dan 17 April, stesen-stesen Kovan, Hougang, Buangkok, Sengkang dan Punggol akan tutup pada sekitar 11 malam, berbanding 12 malam biasanya.

Perkhidmatan kereta api bagi stesen lain di NEL, antara HarbourFront dan Serangoon, juga akan beroperasi secara kurang kerap - iaitu sekitar setiap 9 minit - sewaktu penutupan awal itu.

Satu lagi bahagian di NEL, melibatkan stesen-stesen HarbourFront, Outram Park, Chinatown, Clarke Quay, dan Dhoby Ghout, juga akan ditutup lebih awal pada 23 dan 24 April, serta 7 dan 8 Mei.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg