Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

'Bekalan buah-buahan dan sayur-sayuran di sini mencukupi'

Sep 28, 2021 | 5:30 AM
BELI APA YANG PERLU: Sheng Siong berkata mereka sedang berusaha memastikan semua cawangan pasar raya mereka sentiasa mempunyai bekalan segar pada setiap masa. - Foto BH oleh JASON QUAH
BELI APA YANG PERLU: Sheng Siong berkata mereka sedang berusaha memastikan semua cawangan pasar raya mereka sentiasa mempunyai bekalan segar pada setiap masa. - Foto BH oleh JASON QUAH -

PENGENDALI pasar-pasar raya di sini memberi jaminan kepada pelanggan bahawa terdapat stok buah-buahan dan sayur-sayuran yang mencukupi dan mengingatkan orang ramai untuk hanya membeli apa yang mereka perlukan.

NTUC FairPrice, Sheng Siong Group dan kumpulan runcit antarabangsa Dairy Farm, yang memiliki pasar raya Cold Storage dan Giant, berkata demikian menyusuli penutupan Pusat Borong Pasir Panjang (PPWC) buat sementara.

PPWC akan ditutup selama tiga hari hingga hari esok untuk kerja-kerja pembersihan dan nyah jangkitan selepas kes positif Covid-19 dikesan di kalangan pekerja dan pengunjung.

Kementerian Kesihatan (MOH) telah mengesan sebanyak 64 kes dalam kelompok itu sehingga Ahad malam.

Dari itu, 59 merupakan kakitangan pasar.

Tiga lagi adalah pelawat dan dua orang lagi adalah kes isi rumah, lapor The Straits Times.

Dalam satu catatan di Facebook pada Ahad malam, FairPrice berkata untuk memenuhi permintaan yang dijangka meningkat, rangkaian pasar raya itu telah meningkatkan bekalan buah-buahan dan sayur-sayuran ke kedai mereka di serata pulau.

FairPrice menambah bahawa dengan "talian bekalan yang kuat dan berlainan untuk buah-buahan dan sayur-sayuran tetap ada" dan mengingatkan pelanggan untuk "hanya membeli apa yang mereka perlukan".

Ketua eksekutif FairPrice, Encik Seah Kian Peng, berkata dalam catatan di Facebook bahawa pasar raya itu mendapat bekalan secara langsung dan mempunyai Pusat Pengedaran Makanan Segar sendiri.

Jurucakap kumpulan runcit antarabangsa Dairy Farm berkata mereka tidak melihat peningkatan dalam bilangan pelanggan di cawangan mereka setakat ini.

"Kepelbagaian pembekal kita adalah untuk memastikan terdapat bekalan yang mencukupi di semua cawangan pasar dan kita ingin memberi jaminan kepada pelanggan bahawa cawangan-cawangan kami tidak begitu terjejas oleh penutupan Pusat Borong Pasir Panjang," tambah jurucakap itu.

Pengendali pasar raya Sheng Siong pula berkata dalam satu catatan di Facebook bahawa mereka sedang berusaha memastikan semua cawangan mereka sentiasa dilengkapi dengan penghantaran sayur-sayuran dan buah-buahan yang segar tepat pada masanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg