Bekalan daging lembu dari Brazil ke S'pura tidak terjejas: SFA

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bekalan daging lembu dari Brazil ke S'pura tidak terjejas: SFA

Sep 9, 2021 | 5:30 AM

Bekalan daging lembu dari Brazil ke S'pura tidak terjejas: SFA

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
09025953-f249-4bcb-8871-8cddb6bb620c
-

IMPORT daging lembu ke Singapura dari Brazil tidak terjejas walaupun eksport daging itu dari negara Amerika Selatan itu ke China digantung.

Kementerian Pertanian Brazil mengatakan Sabtu lalu bahawa dua kes penyakit lembu gila atipikal, atau tidak lazim, telah dikesan di dua kilang domestik berlainan.

Agensi Makanan Singapura (SFA) berkata sumber yang diiktiraf di Brazil boleh terus mengeksport daging lembu ke Singapura, lapor akhbar The Straits Times.

Jurucakap SFA berkata terdapat dua jenis penyakit lembu gila, atau Bovine spongiform encephalopahty (BSE), iaitu BSE klasik dan BSE atipikal.

BSE klasik boleh menular ke manusia, yang menyebabkan penyakit otak varian Creutzfeldt-Jakob (vCJD) - juga dikenali sebagai penyakit lembu gila manusia.

Ini biasanya berlaku apabila lembu memakan makanan tercemar.

BSE atipikal berlaku secara semula jadi pada lembu pada kadar sangat rendah. Tidak ada bukti bahawa BSE ini boleh menular.

Oleh itu, kes BSE atipikal di Brazil baru-baru ini tidak akan memberi kesan terhadap status risiko Brazil.

SFA berkata ia akan mengikuti piawaian yang ditetapkan oleh Pertubuhan Dunia bagi Kesihatan Haiwan (OIE) untuk mengimport daging ke Singapura, termasuk pengakuan rasmi status risiko BSE di sebuah negara.

Agensi itu menambah bahawa hanya negara diiktiraf oleh SFA boleh mengeksport produk daging lembu dan daging lembu ke Singapura.

Sumber daging lembu yang diiktiraf perlu mengambil langkah-langkah kawalan untuk mencegah penyebaran jenis BSE apa pun, seperti penyingkiran bahan risiko tertentu dari bangkai dan memastikan daging tidak berasal dari haiwan dijangkiti atau haiwan daripada kelompok sama dengan haiwan yang dijangkiti.

Sumber daging lembu utama Singapura tahun lalu berasal dari Brazil (55 peratus) dan Australia (27 peratus). Selebihnya dari 12 negara, termasuk Amerika Syarikat dan New Zealand.

Jurucakap SFA berkata: "SFA akan terus memantau perkembangan antarabangsa dalam keselamatan haiwan dan keselamatan makanan, dan akan menguruskan keadaan import dengan sewajarnya."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg