BEKALAN bagi sesetengah ubat yang biasa digunakan untuk merawat demam, batuk dan selesema, yang berkurangan menjelang akhir tahun lalu, telah bertambah memandangkan permintaan menjadi sederhana, kata Menteri Negara Kanan (Kesihatan), Dr Janil Puthucheary.

Akibat kes kejadian jangkitan viral yang lebih tinggi, terdapat bekalan yang berkurangan di sini bagi sesetengah jenama ubat yang digunakan bagi merawat demam, batuk dan selesema menjelang akhir tahun lalu, katanya kepada Parlimen semalam.

Namun secara keseluruhannya, bekalan perubatan Singapura termasuk alat oksimeter dan oksigenator, mencukupi bagi memenuhi permintaan sepanjang tahun lalu.

Sedang Covid-19 menjadi lebih endemik dan orang ramai menganggapnya seperti penyakit lain, peluang membeli secara panik akan berkurangan, katanya bagi menjawab soalan Encik Saktiandi Supaat (GRC Bishan-Toa Payoh).

Dr Janil menambah penggunaan rutin ubat batuk berjenama, mucolytics dan expectorants tidak diperlukan bagi kebanyakan orang, yang mempunyai peparu sihat dan secara umumnya dalam kesihatan yang baik, apabila menangani penyakit seperti Covid-19.

"Tiada keperluan untuk membeli ubat berjenama. Pelbagai ubat yang biasa juga sama baik," katanya.

Permintaan bagi ubat-ubat biasa bagi demam, batuk dan selesema telah meningkat dengan banyak lewattahun lalu sedang lebih ramai memilih untuk merawat sendiri, dengan sesetengah ubat yang boleh dibeli di kaunter bagi masalah sedemikian dilaporkan kurang bekalan.

Gelombang Covid-19 di China juga menyebabkan ramai orang yang bergegas membeli ubat sedemikian sehingga bekalan berkurangan.

Bulan lalu Kementeri Kesihatan (MOH) berkata bahawa ia sedang memantau keadaan itu secara dekat, dan tempahan tambahan telah dibuat bagi ubat-ubat yang boleh dibeli di kaunter bagi merawat demam, batuk dan selesema di sebalik permintaan yang bertambah.

Dr Janil menerangkan bahawa peruncit secara umumnya menggunakan ubat dan bekalan perubatan, dan membawa masuk lebih banyak bekalan atau jenama alternatif apabila terdapat permintaan yang bertambah.