Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bekas bangunan Jabatan Pilihan Raya dijadikan hab perusahaan sosial

Mar 1, 2024 | 5:13 PM
Terletak di 11 Prinsep Link, The Foundry akan ditempatkan di bangunan tiga tingkat yang sebelum ini digunakan sebagai pejabat Jabatan Pilihan Raya selama hampir 25 tahun sehingga 2019.
Terletak di 11 Prinsep Link, The Foundry akan ditempatkan di bangunan tiga tingkat yang sebelum ini digunakan sebagai pejabat Jabatan Pilihan Raya selama hampir 25 tahun sehingga 2019. - Foto ST

Pertubuhan bukan mencari untung dan perusahaan sosial bakal mempunyai ruang bagi membolehkan mereka memupuk kerjasama dan menggalakkan penglibatan sivik di Singapura menjelang akhir 2024.

Hab kolektif itu, yang akan dinamakan The Foundry, ditubuhkan dengan kerjasama badan amal berdaftar The Majurity Trust (TMT), Tote Board dan Pejabat Kerjasama Pemerintah Singapura (SGPO). 

Terletak di 11 Prinsep Link, The Foundry akan ditempatkan di bangunan tiga tingkat yang sebelum ini digunakan sebagai pejabat Jabatan Pilihan Raya selama hampir 25 tahun sehingga 2019.

Bangunan tersebut merupakan tempat pegawai pengurus pilihan raya mengumumkan keputusan pilihan raya sejak 1994.

Keputusan pilihan raya terakhir yang diumumkan di tempat itu ialah pilihan raya presiden 2017, yang menyaksikan Puan Halimah Yacob menang tanpa bertanding. 

Bangunan itu, berkeluasan lebih 17,000 kaki persegi, digunakan untuk menganjurkan pameran riwayat hidup Perdana Menteri Pengasas Singapura, mendiang Lee Kuan Yew. 

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg