Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bekas guru agama didakwa pecah amanah, palsukan tempahan tiket penerbangan untuk menipu

Apr 6, 2022 | 10:55 PM
Foto KOSMOS
Foto KOSMOS -

BEKAS guru agama, Rasman Saridin, didakwa di mahkamah pada Rabu (6 April) di atas tujuh kesalahan pecah amanah, satu kesalahan pemalsuan untuk menipu dan satu kesalahan menguruskan syarikat ketika belum diisytihar bebas muflis.

Beliau juga didakwa melakukan dua kesalahan mengembara keluar dari SIngapura tanpa kebenaran pegawai muflis.

Menurut satu kenyataan polis pada Rabu, antara 2014 dengan 2017, Rasman dikatakan telah menyalahgunakan $27,900 milik lima pelajar yang mendapatkan bantuannya untuk menolong mereka mendaftarkan diri bagi kursus PhD dalam pengajian Islam di universiti asing.

Polis menambah, Rasman juga telah menyalahgunakan lebih $32,000 daripada individu yang membayarnya bagi urusan pakej umrah. Dia juga dikatakan memalsukan tempahan tiket penerbangan antara Singapura dengan Jeddah.

Rasman juga didakwa mengembara ke luar negara beberapa kali antara Jun 2018 dengan November 2019 tanpa kebenaran pegawai muflis, memandangkan beliau merupakan individu yang belum diisytihar bebas muflis.

Dia dikatakan mengurus syarikat dalam keadaan belum bebas muflis.

Kesalahan pecah amanah di bawah Seksyen 406 Kanun Keseksaan membawa pada hukuman penjara hingga tujuh tahun, denda atau kededuanya sekali.

Kesalahan melakukan pemalsuan bagi tujuan menipu di bawah Seksyen 468 Kanun Keseksaan pula membawa pada hukuman penjara hingga 10 tahun dan denda.

Kesalahan melanggar sekatan status muflis di bawah Seksyen 148(1) Akta Syarikat dan Seksyen 131(1)(b) Akta Kemuflisan, setiap satu membawa pada hukuman denda hingga $10,000, tempoh penjara hingga dua tahun atau kededuanya sekali.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg