Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Bekas guru Kinderland dikenakan 5 lagi tuduhan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas guru Kinderland dikenakan 5 lagi tuduhan

Feb 28, 2024 | 05:41 PM



Bekas guru prasekolah Kinderland, yang dituduh mendera seorang kanak-kanak perempuan berusia 23 bulan, dikenakan lima tuduhan tambahan pada 28 Februari. Tuduhan tersebut membabitkan tiga lagi kanak-kanak.


Lin Min, 34 tahun, dikenakan tiga tuduhan, satu untuk setiap kanak-kanak, serta dua tuduhan menggunakan kekerasan jenayah terhadap kanak-kanak lain.

Dia kini berdepan enam tuduhan membabitkan empat kanak-kanak secara keseluruhan.

Warga Singapura itu didakwa melakukan kesalahan terhadap semua kanak-kanak tersebut di tempat kerjanya ketika itu.

Butiran tentang kanak-kanak dan lokasi prasekolah tidak boleh didedahkan.

Lin pertama kali dihadapkan ke mahkamah pada Ogos 2023 dan didakwa mendera kanak-kakak perempuan berusia 23 bulan itu.

Dia didakwa menuang air ke dalam mulut kanak-kanak itu selepas memaksanya baring sekitar 4 petang pada 30 Jun 2023.

Menurut tuduhan terbaru, Lin didakwa mendera seorang budak lelaki berusia tiga tahun tiga kali.

Dia dituduh memaksa kanak-kanak itu baring secara kasar pada 27 Jun 2023.

Keesokan harinya, Lin didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap budak-budak itu dengan memasukkan botol susu ke dalam mulut semasa dia baring di lantai.

Pada 30 Jun 2023 pula, dia didakwa mendera dengan mengendalikan budak-budak itu secara kasar. Butiran lanjut tidak didedahkan dalam dokumen mahkamah.

Secara berasingan, Lin didakwa mengikat seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun ke kerusi dan menuang air ke dalam mulutnya antara 2 Mei dan 29 Julai 2023.

Pada 28 Jun 2023, Lin didakwa menggunakan buku memukul punggung budak lelaki berusia dua tahun lima kali.

Persidangan sebelum perbicaraan kesnya akan diadakan pada 1 Mac.

Berikutan beberapa insiden salah urus kanak-kanak pada 2023, Kinderland didenda sejumlah $10,000 – $5,000 bagi setiap satu daripada dua pusat prasekolah itu di Woodlands Mart dan Sunshine Place – kerana salah urus kanak-kanak di pusat tersebut.


Dalam satu kenyataan pada 20 Februari, Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (Ecda) berkata ia akan terus mengehadkan lesen kedua-dua pusat itu kepada enam bulan, selepas tamat tempoh pada Mac 2024.

Agensi itu berkata ia mendapati ibu pejabat Kinderland tidak menyelia latihan dan pengawasan pekerja pusatnya dengan berkesan, berikutan laporan oleh jawatankuasa penyemakan bebas yang ditubuhkan oleh Kinderland untuk meneliti insiden itu pada 2023.

Ecda berkata ia akan memantau dengan teliti semua pusat Kinderland yang lain.

Kinderland juga mesti berkongsi pengajaran yang diperoleh daripada insiden itu dengan seluruh sektor awal kanak-kanak.

Bagi setiap tuduhan mendera kanak-kanak, pesalah boleh dipenjara sehingga lapan tahun dan didenda sehingga $8,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >