Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bekas guru prasekolah didakwa tendang budak perempuan 4 tahun

Jul 31, 2024 | 4:14 PM
Seorang bekas guru prasekolah didakwa pada 31 Julai dengan satu pertuduhan mendera seorang kanak-kanak dan kesnya ditangguhkan ke 10 September.
Seorang bekas guru prasekolah didakwa pada 31 Julai dengan satu pertuduhan mendera seorang kanak-kanak dan kesnya ditangguhkan ke 10 September. - Foto fail

Seorang bekas guru prasekolah didakwa pada 31 Julai dengan satu pertuduhan mendera seorang kanak-kanak, selepas dia didakwa menendang tulang kering kanan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun, sejurus sebelum tengah hari pada 2 April.

Butiran mengenai wanita warga Singapura berusia 56 tahun itu dan bekas tempat kerjanya tidak didedahkan dalam dokumen mahkamah.

Kes itu mula menjadi tajuk utama pada Jun apabila akhbar, The Straits Times (ST), melaporkan bahawa seorang guru prasekolah digantung tugas selepas siasatan mendapati dia didakwa menendang seorang kanak-kanak agar budak itu duduk dengan betul.

Pada 5 Jun, jurucakap Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (Ecda) memberitahu ST bahawa ia dimaklumkan mengenai kejadian itu pada 3 April.

Agensi itu berkata pusat jagaan kanak-kanak itu telah menggantung tugas guru tersebut selepas menjalankan siasatan.

Tanpa mendedahkan butiran, agensi itu juga berkata pada masa itu, ia telah mengambil tindakan kawal selia terhadap pengendali prasekolah dan guru terbabit.

Jurucakap Ecda menambah: “Guru itu kemudian meletak jawatan dan sehingga kini, dia tidak bekerja di sektor prasekolah.”

Kes wanita itu telah ditangguhkan ke 10 September.

Mereka yang disabitkan kesalahan mendera kanak-kanak boleh dipenjara sehingga lapan tahun dan denda sehingga $8,000.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg