Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Bekas jurugambar The Straits Times berpulang

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas jurugambar The Straits Times berpulang

Jan 09, 2024 | 05:30 PM



Bekas jurugambar The Straits Times (ST), Allahyarham Ali Yusoff, telah meninggal dunia pada usia 84 tahun.


Menurut anak bongsunya, Encik Marlinazrul ‘Nazrul’ Ali, 43 tahun, arwah bapanya meninggal dunia akibat sakit jantung dan kegagalan buah pinggang.

Bertugas sebagai jurugambar selama 40 tahun, Allahyarham, yang dikenali sebagai seorang yang pendiam, sentiasa memberikan jutaan makna dan seribu kata kepada gambarnya.

Meninggalkan tiga anak lelaki, enam cucu dan dua cicit, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 7 Januari, 1.52 petang di Hospital Khoo Teck Puat (KTPH) dan disemadikan pada 6.30 petang hari yang sama. 

Menjawab pertanyaan Berita Harian (BH) tentang permulaan perjalanan Allahyarham sebagai seorang jurugambar, Encik Nazrul menceritakan Allahyarham mengikuti jejak langkah arwah bapanya.


“Selepas arwah bersara pada 1998, beliau memandu teksi secara sambilan untuk 10 tahun dan kemudiannya bekerja sebagai pegawai keselamatan sehingga 2022,” kata Encik Nazrul, sambil menjelaskan bahawa arwah bapanya tidak bekerja dan berada di rumah pada tempoh itu akibat kesihatannya yang mula merosot dan semakin tidak bertenaga. 

Anak bongsunya itu menjelaskan arwah bapanya dimasukkan ke hospital terlebih dahulu akibat terjatuh di dalam bilik di rumahnya sekitar 2 pagi pada 14 Disember. 

“Arwah mengalami luka yang dalam pada dahinya dan kami terus menghubungi ambulans. Di KTPH, beliau dimasukkan ke wad biasa,” jelas Encik Nazrul.

Menurut beliau, Allahyarham menjalani rawatan dan ujian X-ray di mana doktor mendapati lutut kanan arwah patah.

Semasa peringkat pemulihan pula, doktor menjalankan ujian darah pada arwah dan mendapati buah pinggangnya berfungsi pada kadar minimum. 

Encik Nazrul berkata: “Oleh itu, arwah ditahan lagi untuk seminggu bagi menjalani dialisis pertamanya pada 1 Januari dan yang kedua pada 5 Januari.

“Beliau kelihatan okey pada Jumaat itu. Cara arwah berbual juga okey, lebih baik daripada biasa.”

“Pada Jumaat malam itu, saya dan isteri adalah orang terakhir menziarahinya. Ketika itu, saya berpeluang memberikan suapan berupa minuman Coke kepadanya dan arwah juga memberikan lambaian terakhir kepada saya dan isteri ketika kami ingin pulang,” kata Encik Nazrul sebak.

Namun pada 9.30 pagi pada 6 Januari lalu, keluarga Allahyarham dikhabarkan dengan berita tentang kesihatan bapanya yang semakin merosot

“Doktor memberitahu kami paras oksigen dan tekanan darah arwah turun secara drastik, dan arwah harus ditempatkan di Unit Jagaan Rapi (ICU) dan perlu menggunakan mesin sokongan hayat dengan serta merta,” ujar Encik Nazrul, sambil menambah bahawa arwah bapanya berada di ICU dari 6 hingga 7 Januari.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di hospital dengan kehadiran dua anak lelaki dan dua menantu serta lima orang cucu di sisi.

Jenazah arwah selamat dikebumikan di Pusara Aman pada 4 petang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >