Bekas ketua Parti Demokratik Progresif (DPP) Encik Benjamin Pwee telah meninggalkan parti itu untuk menyertai parti 'lebih besar' dan 'lebih berkesan'.
Beliau juga melahirkan harapan agar anggota parti pembangkang yang lain juga akan berbuat demikian.
Encik Pwee, 51 tahun, enggan mendedahkan nama parti itu dan berkata beliau akan membiarkan pemimpin parti mengumumkan keanggotaannya.
Namu, Encik Pwee berkata beliau tidak akan kembali kepada Parti Rakyat Singapura (SPP), yang diwakilinya di dua pilihan raya awam pada 2011 dan 2015.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg